Tak kisahlah seseorang itu cuma bekerja sebagai cleaner mahupon pembuang sampah, mereka masih manusia biasa yang penat mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Ramai orang yang pandang rendah dekat kerja buruh sebab kerja itu tak ‘glamour’ dan kena hadap benda-benda kotor dan busuk setiap hari.
Tapi… Baru2 ini, menerusi perkongsian di Twitter IzwanSajjer yang mendapat 11 ribu tanda suka dan 5.6 ribu retweet di Twitter pada 25 Mac lalu, dia menceritakan yang dia dan rakannya menghormati pekerja cleaner yang berkhidmat di syarikat mereka. Berbeza dengan stigma yang selalu kita dengar orang buat.
Pekerja cleaner di tempat kerja mereka yang dikenali sebagai ‘Kak Jati’ yang sudah berkhidmat bertahun-tahun di tempat mereka sampai sekarang. Tapi, pekerja cleaner itu terpaksa diberhentikan sebab syarikat mereka terpaksa berpindah ke pejabat baharu di Kuala Lumpur.
Berat hati nak lepaskan Kak Jati, Izwan dan rakan-rakannya sepakat untuk hadiahkan gelang emas kepada pekerja cleaner itu sebagai tanda untuk balas budi atas jasa jaga kebersihan pejabat selama ini.
Izwan juga ucap terima kasih kepada rakan sepejabat sebab sudi sumbang sedikit wang untuk belikan gelang emas untuk Kak Jati dan berharap boleh bertemu lagi dengan Kak Jati pada masa akan datang.
Tindakan Izwan mengingatkan kita kepada satu pepatah, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.
Kredit gambar utama: Twitter @IzwanSajjer