Jahanam Otak! Berhenti Ambil 5 Makanan Ni Kalau Tak Nak Otak Rosak

Otak manusia ni memang perkara yang paling kompleks di dunia. Korang tahu tak bahawa tabiat makan korang memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan otak?

Korang pernah dengar tak ayat ‘anda adalah apa yang anda makan’? Maksudnya, apa yang korang makan tu menentukan kehidupan korang nanti.

Kat bawah ni, Abang Jim nak bagitahu kat korang 5 makanan yang teruk untuk otak. Abang Jim nak syorkan kalau boleh, tinggalkan terus makanan ni daripada diet korang atau sekurang-kurangnya kurangkan pengambilannya!

Minuman Manis

Minuman bergula tidak memberikan korang apa-apa kebaikan selain daripada penambahan kalori. Tak ada banyak benda yang boleh korang katakan tentang gula. Tapi tak dinafikan rasa minuman bergula sangat sedap, tetapi jika korang sayang kesihatan korang, please hentikan pengambilan air manis. Minuman manis yang dimaksudkan adalah minuman bertenaga, minuman sukan, dan juga beberapa jus. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2017 mendapati ada kaitan antara tabiat minum soda setiap hari dengan demensia. Keadaannya sangat membimbangkan Oh, dan diet soda bukan jawapannya dan mungkin ia mempunyai lebih kurang risiko kesihatan yang sama seperti soda biasa.

Makanan lebih garam

Korang suka makan keropok atau makanan ringankan?  Korang mungkin sudah tahu bahawa garam secara langsung berkaitan dengan tekanan darah tinggi. Kajian terbaru menunjukkan bahawa otak korang juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan tinggi garam. Kadar kenaikan Demensia dan Alzheimer naik secara mendadak apabila memeriksa orang yang tidak boleh berhenti gunakan garam. Musuh yang paling teruk bagi korang adalah bungkusan snek yang mempunyai jumlah garam yang luar biasa (kebanyakannya keropok kentang). Tetapi ini tidak bermakna korang tak perlu bimbang tentang dos garam apabila korang memasak sendiri kat rumah. Cuba gunakan rempah lain untuk perasa makanan sebagai manfaat kesihatan tambahan. Nak lagi sihat, tak payah guna garam langsung.

Baca artikel ini: Bahayanya Stresss! Tekanan Darah Tinggi Buat Otak Rosak

Pengambilan daging merah berlebihan

Daging merah merupakan punca popular dalam penyelidikan makanan moden. Doktor sampai dah tak tahu macam mana nak jelaskan bahawa pengambilan daging terlalu banyak menjejaskan setiap aspek kesihatan korang termasuk otak. Daging merah mengandungi zat besi. Dos zat besi yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan oksidatif, di mana pada asasnya bermakna kemerosotan sel dan kerosakan otak yang sebenar. Penyelesaiannya adalah mudah. Tambah kepelbagaian baru kepada diet korang, makan lebih banyak makanan berasaskan tumbuhan atau ayam yang dianggap sebagai daging yang paling selamat.

Tuna dan setiap ikan tinggi merkuri

Ikan tuna mengandungi merkuri yang tinggi. Yang diserap secara semula jadi melalui insang semasa di lautan. Ia secara umumnya baik, tetapi malangnya, tahap merkuri yang tinggi boleh merosakkan kesihatan korang terutamanya pada otak. Fungsi kognitif korang (termasuk kebolehan mental seperti belajar, pemikiran, mengingat, perhatian, dan lain-lain) dapat dipengaruhi secara negatif oleh ikan. Tuna merupakan contoh terbaik dimana ianya ikan yang kerap dimakan oleh korang.

Alkohol

Lebih daripada satu gelas wain setiap hari boleh memberi kesan ke atas fungsi kognitif dan kesihatan otak korang secara keseluruhan. Ini bukan satu rekaan, kerana kajian yang dibuat kat Perancis mendapati, majoriti pesakit yang mengalami demensia mempunyai ketagihan arak ketika mereka masih muda. Tetapi penggunaan alkohol berlebihan boleh membahayakan bukan peminum alkohol juga. Meminum alkohol dalam satu malam boleh menyebabkan otak mentafsir isyarat emosi berbeza. Sebagai contoh, peminum arak mempunyai kekurangan sensitiviti kepada wajah sedih dan sensitiviti meningkat kepada wajah marah.

So korang dah dapat dah 5 makanan yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan otak korang? Kesan buruk tu mungkin korang takkan nampak sekarang, sebab ia berlaku dalam jangka masa panjang.

Tapi bukan lebih bagus kalau korang mulakan daripada sekarang untuk mengubah menu pemakan korang supaya otak korang tu masih boleh berfungsi dengan baik walaupun usia korang dah meningkat

Baca artikel ini: Kebaikan Coklat Hitam Untuk Kekal Fokus

Read Previous

Kisah Seram Banglo Taman Tenaga Puchong

Read Next

Hawaya Meraikan Kekuatan Wanita Melalui Kempen ‘Sisters-In-Hearts’ Sempena Hari Wanita Sedunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 − 2 =