
Abang Jim faham sangat keadaan masa korang tengah struggle kat universiti. Nak-nak waktu korang kena hadap exam, tugasan yang melambak, faktor kewangan.
Lagi-lagi sekarang ni negara sedang dilanda musibah. Bukan Malaysia jer, tapi seluruh dunia. Ramai orang sekarang tengah stress memikirkan masalah virus COVID-19 yang semakin membimbangkan sekarang.
Bila korang kena hadap benda-benda macam tu, korang akan jadi tertekan sebab banyak benda yang korang kena fikirkan. Abang Jim tak nak adik-adik abang berada dalam keadaan tertekan.
Masalah boleh diselesaikan asalkan korang tahu macam mana nak handel situasi. Dalam keadaan sekarang ni, apa yang korang perlu buat ialah bertenang, duduk di rumah dan patuh pada arahan yang dikeluarkan.

Korang semua masih muda lagi, so korang kena pandai kawal tekanan korang tu supaya tak jadi perkara buruk keesokan harinya.
Baca juga artikel ini: Tak Patut Berlaku. Kesian Kat Budak-Budak Asrama
Kat sini Abang Jim nak bagitahu, percaya atau tak, tekanan darah tinggi dipercayai mampu mengakibatkan kerosakan pada otak manusia.

Bukan Abang Jim pandai-pandai nak cakap, tapi ia adalah berdasarkan kajian oleh pakar saraf dari Indonesia, Yuda Taruna.
Dalam kajian tu, Yuda menyatakan bahawa darah tinggi bukan sahaja menyebabkan kerosakan otak, tapi ia turut mengakibatkan beberapa gangguan kognitif lain seperti serangan angin ahmar dan juga strok.

Masa tekanan darah berada dalam keadaan tinggi, pembuluh darah akan pecah lalu menyebabkan oksigen di bahagian otak manusia menjadi kurang dan seterusnya berlaku kerosakan pada bahagian tersebut.
Korang adik-adik semua boleh bayangkan tak bila keadaan macam tu berlaku? Sebab tu orang yang tertekan, darah mereka akan naik dan menyebabkan mereka berasa pening dan sakit kepala.

Bukan tu jer, Yuda juga cakap bahawa, kerosakan otak juga boleh berlaku jika seseorang dibelenggu dengan tekanan yang terlalu lama.
Ini kerana, proses yang berlaku tu boleh menyebabkan pembuluh darah menipis dan akhirnya membentuk mendapan tebal di dalam otak.
Lagi menakutkan adik-adik semua, tiada tanda-tanda yang boleh mengesan seseorang tu mengalami kerosakan otak pada peringkat awal. So antara carang nak mengelak daripada menghidap kerosakan otak adalah dengan sentiasa memeriksan tekanan darah pada usia muda.

Korang yang masih mud ani tolong kawal emosi dan kalau boleh jangan hidup dalam tekanan. Semua orang ada masalah tapi korang kena pandai mengawal keadaan supaya ia tak menjejaskan kesihatan korang.
Korang masuk universiti bukan untuk sakit yer, tapi sebab nak banggakan kedua ibu bapa korang, so please jangan musnahkan harapan diaorang!
Baca juga artikel ini: Sampai Hati… Kesiankanlah Atok dengan Nenek Tu!