The Haunted Puchong House (AKA “The Haunted Taman Tenaga Bungalow) adalah sebuah rumah berhantu yang dikatakan terletak di atas bukit di pinggir bandar yang bernamakan Taman Tenaga di Puchong, Malaysia.
Rumah itu pernah dimiliki oleh seorang peniaga Cina yang kaya raya. Dia tinggal bersama isteri dan dua anaknya. Kisahnya mengatakan bahawa lelaki itu muflis dan menghadapi masalah dengan along ataupon dalam bahasa Kedah, ‘loan sharks’. Dia dan keluarganya semua membunuh diri.
Cerita ini berbeza dari orang ke orang. Ada yang mengatakan bahawa mereka memotong leher mereka, ada yang mengatakan bahawa mereka gantung mereka diri masing2, ada yang mengatakan bahawa mereka dibunuh oleh pembunuh psiko atau pembunuh upahan.
Rumah itu dibiarkan tidak terurus kerana ramai yang tidak berani membelinya. Disebabkan, dibiar terlalu lama, ada juga kisah mengatakan bomoh telah menggunakan rumah itu untuk amalan mistik mereka. Kisah pontianak tinggal di rumah juga terkenal di kalangan jiran2 yang duduk berdekatan.
Terdapat laporan orang melihat lampu bilik dihidupkan, walaupun elektrik dan air telah terputus dari rumah selama bertahun-tahun. Jeritan kanak-kanak, bayangan, pontianak, orang buang bayi pon adalah beberapa perkara yang pernah berlaku di banglo itu.
Terdapat khabar angin bahawa rumah-rumah di Puchong dihantui, kononnya ada ejen hartanah yang menutupi fakta seperti kematian yang berlaku di rumah atau rumah yang dibina di atas kubur dari bakal pembeli atau ‘potential buyer’. Disebabkan itu, pembeli tersilap beli dan akhirnya membeli rumah yang mengalami perkara buruk dan tidak elok.
Ada juga ejen hartanah yang memberi amaran kepada pembeli untuk berhati-hati terhadap beberapa rumah di Puchong.
Pernah pergi Banglo Taman Tenaga? Apa pengalaman korang?
Kredit gambar utama: via tourplus.my & PropertyGuru