I love music! Ada ke orang yang tak suka mendengar muzik? Setiap manusia itukan berbeza-beza. Mungkin ada yang anggap muzik tu sangat mengganggu ketenteraman.
Ada kajian pakar menyatakan mendengar lagu sebelum tidur akan buat tidur lebih lena. Nak-nak dengan situasi sekarang bila pemerintah mengeluarkan arahan PKP,banyak aktiviti yang tergendala.
Otak korang pun mesti serabut memikirkan banyak benda seperti pengurusan kewangan dan kerjaya.
Apa kata lepas ni korang cuba luangkan masa dalam 10 minit sebelum tidur untuk dengar lagu untuk korang dapat tidur berkualiti.
Tidur lebih nyenyak
Menurut kajian Dr Naresh Sen, kalau korang dengar lagu sebelum tidur, tidur akan jadi lebih lena sebab ia akan buatkan badan korang tenang dan kurangkan stress sebab tempo muzik akan pengaruhi degupan jantung! Tapi make sure pilih lagu yang sesuai, seperti muzik untuk yoga. Jangan dengar lagu heavy metal pula. Nanti lagi tak lena tidur! Hehe!
Baca artikel ini: Topeng Aneh Dan Menyeramkan Untuk Korang Yang Jenis Tak Kisah
Lebih mudah lena
Ada yang mengalami insomnia? Menurut Kira Vibe Jespersen and Professor Peter Vuust, mendengar lagu sebelum tidur amat membantu untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur! Korang boleh mula dengan buat playlist lagu santai, so badan korang pun akan rasa lebih relax!
Kuatkan daya ingatan
Magic dalam muzik! Pakar dari Universiti Tübingen, Jerman, Dr. Jan Born mengatakan bahawa, ritma dalam lagu perlahan akan tingkatkan ritma otak hingga buat daya ingatan korang kuat dan tidur pun jadi lena. Korang boleh cuba amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua kali je okay?
Tenangkan degupan jantung
Siapa selalu sambil exercise mesti akan dengar lagu? Agak-agak sebab apa kena dengar lagu? Ya betul, sebab ia bagi ketenangan! Dan degupan jantung pun akan menurun sebagai tanda badan korang dah ready untuk berehat!
Tapi jangan buat selalu tau..sebab takut nanti tidur dan pendengaran korang terganggu! Tak salah kalau korang nak cuba cara ni. Tapi make sure cuba sekali atau dua kali seminggu je okay? Korang boleh juga dengar lagu-lagu yang menarik daripada artis kegemaran korang sebelum tidur!
Baca artikel ini: Betul Ke Darah ‘O’ Kebal COVID-19? Habistu Darah-Darah Lain?