Demi Meneruskan Hidup, Badut Menjadi ‘Runner’

Mohd Fahmi Mohd Nazri, aka Speedy de Clown, adalah salah seorang yang turut terjejas akibat pandemik Covid-19. Disebabkan MCO/PKP, pesta ulang tahun, parti hari jadi atau perayaan dengan orang ramai tidak dibenarkan, jadi itu termasuk persembahan badut. 

Jadi, Fahmi mencari satu alternatif untuk membuat servis penghantaran sambil berpakaian badut dan ia berjaya menarik perhatian netizen! Sempoi lah Fahmi!

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:photo6127451544682080941_1612771562-e1612783564962.jpg
Kredit: via Harian Metro

“Biarpun berpeluh, panas, rimas dan penat namun saya lakukan semata-mata untuk sesuap nasi, kerana ketika ini industri badut terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Mohd Fahmi Mohamad Nadzri

Menurutnya, ketiadaan majlis sambutan hari jadi, perayaan dan keramaian menyebabkan persembahan badut secara automatik terhenti.

Persaingan hebat dalam perkhidmatan berkenaan katanya turut mendorong dirinya mengenakan kostum badut sejak seminggu lalu bagi meraih pendapatan untuk menampung keluarga serta sewa rumah. – Harian Metro

Ingat, mungkin kita tak sedar, tapi ada yang mengalami kesusahan yang lagi teruk dari kita. Kita kenalah bangun dan bangkit buat sesuatu dari menyalahkan pihak sana sini ataupon virus. Memang kau sengal lah kalau macam tu! Kata kental?? HAHA!

Kredit gambar utama: via Berita Harian, Pinterest & BuzzKini

Read Previous

Pekerja J&T Mogok Dan Campak Barang Pengeposan Pelanggan

Read Next

Gempak Starz Mengadakan Promosi Sempena CNY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + 15 =