Kongsian Pengalaman Sukarelawan Yang Mengambil Vaksin Covid-19

Seperti yang kita tahu, vaksin sudah pon sampai di Malaysia. Ada yang masih percaya tak percaya dengan vaksin baru ni, tapi ada yang memilih untuk percaya dan menjadi sukarelawan untuk vaksin Covid-19.

Adam Loh Wei Chai share pengalaman dia masa mengambil vaksin Covid-19:

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:vaksdam1_1612162063.jpg
Kredit: via Harian Metro

Kuala Lumpur: “Suntikan vaksin ini adalah sumbangan kecil saya untuk membantu frontliner (barisan hadapan) memerangi Covid-19,” kata Adam Loh Wei Chai, 33, individu pertama yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia.

Adam antara 22 sukarelawan terawal menyertai kajian fasa ketiga ujian klinikal vaksin yang dihasilkan oleh Institut Biologi Perubatan, Akademi Sains Perubatan Cina di China.

Peniaga dalam talian itu mendapat suntikan berkenaan pada Sabtu lalu di Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Selepas tiga hari menerima suntikan, menurut Adam, setakat ini dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan hanya rasa sakit sementara pada tangan kiri selepas disuntik.

Berkongsi pengalaman, Adam berkata, semuanya bermula selepas beliau menerima kiriman WhatsApp daripada rakan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencari sukarelawan untuk kajian vaksin Covid-19 pada awal tahun ini.

“Ketika itu, saya tertarik pada satu ayat bahawa kajian vaksin cara terbaik memerangi Covid-19. Tanpa fikir panjang, saya mendaftar diri kerana rasa bertanggungjawab membantu KKM dan negara.

“Saya kemudian dipanggil mengikuti sesi penerangan oleh pihak KKM mengenai kajian, keberkesanan dan kesan sampingan vaksin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Adam, beliau tidak menyangka akan menjadi orang pertama menerima suntikan itu selepas hadir pada awal pagi sebagai persediaan.

Mengakui gementar, beliau berkata, doktor banyak memberikan dorongan untuk menghilangkan perasaan itu.

“Terkejut juga apabila doktor beritahu saya adalah orang pertama. Dalam fikiran saya ketika itu, apa akan berlaku selepas ini dan adakah saya akan sakit atau sebagainya.

“Namun, semuanya berjalan lancar. Saya rasa bangga dapat membantu KKM dan berterima kasih kepada mereka yang sangat membantu,” katanya.

Katanya, buat masa ini beliau perlu merekod suhu badan dan membuat laporan harian mengenai keadaannya sebelum diberi suntikan kedua selepas tempoh 14 hari. –via Harian Metro

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:freepressjournal_2020-12_ea0b04ed-7ecd-4ce8-91a5-3351260fe11e_etc_corona_vaccine_tracker_1_dec_2.jpg
Kredit: via Google Images
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:VACCINE-PFIZER2111_1606512349.jpg
Kredit: via NST

Baca tu! Walaupon dah ada vaksin, kita kena juga jaga SOP. Tak bermakna kita terus immune daripada virus ni. Sebab virus Covid-19 adalah sejenis virus yang boleh mutasi. Please berhati2 guys!

Yang dah ambil vaksin tu, apalagi share lah pengalaman korang dekat sini!

Kredit gambar utama: Kredit: via Harian Metro & Google Images

Read Previous

Apa Cerita Genting Highland x 20th Century Fox?

Read Next

Penjual Nasi Lemak Viral Kerana Menolong Anjing Jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + eight =