Adakah anda tahu alkisah peniaga nasi lemak tolong anjing jalanan liar?? Kisah berlaku pada tahun lepas iaitu pertengahan tahun 2020, netizen tertarik dengan anjing jalanan yang mencuit hati kerana selalu melawat gerai nasi lemak.
Nak tahu nama gerai tu apa? Haaa namanya Nasi Lemak Jambatan Tamparuli.
Actually, tingkah laku anjing jalanan tersebut dirakam oleh pemilik gerai nasi lemak iaitu, Ustaz Mohd Ali Jainneh.
Yang buat lagi comel, perangai anjing tersebut turut diolah menjadi sebuah perbualan yang menghiburkan netizen. Ala2 komikal. Memang style! Cik Kiah yang hati keras susah nak gelak pon turut terhibur!
Tengok! Anjing tu datang sebagai customer! Hahaha comel!
Dengar khabar dari laman page rasmi Nasi Lemak Jambatan Tamparuli, diorang berpindah dari Kuching ke Shah Alam! Jom kasi lagi viral!
Diorang ada buat KEMPEN NASI LEMAK BIASA #PERCUMA 600 BUNGKUS SELAMA SEMINGGU bermula 2 hingga 7 Februari 2021! 100 bungkus sehari! Banyak tu!
Jadi, marilah kita berbaik sesama kita manusia, tidak lupa juga dengan haiwan. Bila buat baik, kita pasti akan dibalas baik.
Kredit gambar utama: via FB Nasi Lemak Jambatan Tamparuli & @VeryImportantPetMag