Kalau korang masih ingat pada tahun 2013, Genting Highlands dan 20th Century Fox ingin membuat projek kolaborasi theme park. Tetapi sekarang dah 2021, apa cerita eh projek ni?
Ia sepatutnya menjadi satu-satunya taman tema 20th Century Fox yang berfungsi di dunia dan yang pertama di Asia, tetapi pada tahun 2018, Fox Entertainment menamatkan perjanjian mereka dengan Genting ketika Disney membeli syarikat hiburan itu.
Genting kemudian mengemukakan tuntutan mahkamah sebanyak USD1.75 bilion (RM7.49 bilion) terhadap Disney dan Fox kerana cuba undur dari perjanjian itu. Pada Januari 2019, Fox mengemukakan tuntutan balas USD46 juta (RM196 juta) terhadap Genting, menyalahkan pihak resort kerana kesepakatan itu gagal.
Setelah turun naik mahkamah selama hampir satu tahun, Genting dan Fox akhirnya mencapai kesepakatan, dan sebagai sebahagian dari perjanjian baru mereka, Genting akan diberi “lesen untuk menggunakan harta intelek Fox tertentu”.
Macam2 gosip dan isu pasal projek tersebut, ada yang kata 20th Century Fox tarik diri sebab Genting Highlands terkenal dengan perjudian, casino dan sebagainya.
Yang penting, status projek ni masih belum dipastikan. Tarikh pembukaan pon masih belum ditentukan. Kita tengok 2021 cane. Hopefully tahun ni, ini kalilah!
Kredit Gambar Utama: via 20th Century Fox & Google