Dua minggu lepas pada akhir December 2020, berlaku satu tragedi yang amat menyedihkan buat satu keluarga kerana salah satu anak perempuannya yang belajar di UK, Nur Izzah Mohd Shokri, telah dilanggar bas sewaktu berbasikal di Wilmslow, UK.
Cik Kiah turut terasa dengan apa yang berlaku dengan keluarga tersebut. Sebab Cik Kiah ada juga seorang adik study luar negara, jadi risau pula keselamatan dia bila nampak berita macam ni.
Parents diorang terus terbang ke UK dari Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mendoakan untuk Nur Izzah yang terbabit dengan kemalangan tersebut!
Nur Izzah adalah pelajar tahun pertama jurusan perakaunan dan kewangan di Universiti Manchester, dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala dan tulang rusuk.
Sekarang, Nur Izzah menunjukkan kestabilan tetapi masih lagi dalam jagaan rapi oleh pihak hospital di UK. Jom sama2 mendoakan untuk dia guys! Yang study di luar negara tu, walaupon malang tak berbau, please be careful!
Kredit Gambar Utama: via NST