‘Kaki Dia Crunchy’, Lelaki Review Aiskrim Berinti Lipas Buat Warganet Kelu

Lipas adalah makhluk perosak yang paling dibenci rata-rata manusia. Sebut je lipas, mula la rasa geli sebab terbayang lajunya dia jalan dengan kakinya yang banyak tu.

Mungkin sebelum ni korang pernah dengar pasal minuman Tealive yang ada cicak kan? Tapi kali ni dalam satu sharing dekat Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, seorang lelaki share yang dia dah termakan kaki lipas!

Sebab lipas tu duk ada dalam aiskrim dia. Bukan kecik weh, besar gila tau! Korang nilai sendirilah saiz dia. Kalau gelojoh makan sekali ngap je…. T-T

Bila scroll baca komen rupanya kejadian tu bukan berlaku dekat Malaysia, tetapi dekat Indonesia. Dan mungkin dishare sebagai hiburan je untuk warga net.

Kalau korang nak tahu, lipas ni dah termasuk dalam serangga yang tidak halal dimakan kerana dianggap sesuatu yang buruk dan menjijikkan. Malah lipas ni banyak penyakitnya sebab dia hidup dalam kawasan kotor dan makan benda kotor termasuklah geng dia sendiri!

Sis G kenot brain kalau sis G yang dapat. Sumpah rasanya seumur hidup sis G trauma nak makan aiskrim. T-T

Read Previous

Mail Dah Boleh Beli Boxer Sendiri Pun Netizen Jadikan Isu

Read Next

Pelajar Malaysia Dilanggar Bas Di UK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =