• January 19, 2021

Nak Gambar Cantik Punya Pasal Sampai Jahanamkan Bunga Hiasan

Nak gambar cantik punya pasal, ada yang sanggup buat apa je. Termasuklah tanpa sengaja atau pun sengaja buat benda yang boleh rosakkan alam sekitar & hiasan yang disediakan.

Macam dekat Perlis baru-baru ni, ada kejadian yang mana pengunjung sampai sanggup rosakkan pokok tulip LED yang disediakan pihak Tasoh Lake Resort semata-mata nak gambar yang cantik.

Memanglah kalau tambah background tu gambar korang lagi berseri, tapi tak perlu kot sampai patah-patah dibuatnya.Siap landing gais!

Kesian dekat pihak hotel yang dah keluarkan belanja untuk cantikkan kawasan hotel, tapi senang-senang je pengunjung rosakkan macam tu je.
Punyalah cantik kalau waktu malam. Kredit: @tasohlakeresort
Penat-penat pekerja tanam. Kredit: @tasohlakeresort

Kalau tahun lepas Ketua Diplomat China, Bai Tian bagitahu yang mereka terima banyak laporan yang katakan pelancong China tak hormat budaya Malaysia termasuklah dalam aspek penjagaan kebersihan dan keindahan Malaysia.

Tapi dengan adanya pandemik ni kita boleh nampak yang rakyat Malaysia pun ada jugak yang perangai sama macam ni. Lebih teruk sebab rosakkan keindahan di negara sendiri!

Posing tanpa rasa bersalah gais.

Kalau korang ada perangai macam ni, harapnya berubahlah.

Mungkin lepas ni kalau nak buat tempat cantik-cantik kena letak CCTV sekali. Supaya yang merosakkan tu dapat ditangkap, lepas tu minta untuk dorang ganti rugi, tak pun disaman je. 

Setuju tak? 

Read Previous

Pelajar Malaysia Dilanggar Bas Di UK

Read Next

Perempuan Bertudung Malaysia Jadi Model Nike

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 2 =