• January 19, 2021

Comelnyer! Gelagat Kucing Offer Anak Untuk Dimasak Hiburkan Netizen

Kucing ni memang haiwan yang boleh buat kita hilang stress. Ada jelah gelagat dia yang boleh buat orang yang tengok rasa terhibur.

Viral baru-baru ni satu video TikTok yang mana ibu kucing ni duk offer tuan dia untuk masak anak dia. 

Asal nampak tuan dia pegang kuali atau pan, mesti dia akan letak anak dia sekali dalam pan tu.

@bobieooo

My cat always want to add some meat to my dishes😹 Even donate her children#petlove #cat #kitty #kittens #cats

♬ Get Low – DJ Snake;Dillon Francis

Yang anak pulak muka macam confused je bila kena gendong dek mak dia lepas tu dimasukkan dalam kuali.

Bila tuan dia letak balik anak dia dekat tempat dorang balik, mak kucing tu pun datang lagi. Tapi kali ni dengan anak yang lain pulak.

Ei, comel je! Macam faham pulak tu apa kegunaan kuali. Mungkin dia dah penat kot jaga anak yang banyak-banyak tu. Tu yang duk offer je kat tuan dia suh masak anak dia.

Atau pun mungkin dia tahu musim COVID-19 ni tuan dia sesak, makan kena jimat. Lauk tak boleh makan yang have have kot.

“Tuan, kucing masak lemak satu!” ;p

Korang juga mungkin berminat nak baca:
Kucing Romantik Kirim Sekuntum Bunga Setiap Hari Kepada Seorang Wanita

Read Previous

Banyak Boleh Jimat, Ini Cara ‘Halal’ Kurangkan Bil Elektrik

Read Next

Air Selangor Buat Pemotongan Air Di 36 Kawasan Termasuk Shah Alam, USJ, Klang & Petaling Jaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 11 =