Banyak Boleh Jimat, Ini Cara ‘Halal’ Kurangkan Bil Elektrik

Ramai yang masih percaya pada ‘alat jimat elektrik’ sampai ada yang sanggup guna cara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang. sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh kita guna untuk nak kurangkan bil elektrik. 

Jadi kali ni sis nak share sikit dengan korang cara halal dan mudah untuk korang kurangkan bil elektrik.

1. Gunakan ruang mesin basuh semaksimum mungkin. Tapi jangan pula terlampau penuh sampai baju tak berputar.

Kredit: Tcer

Nak iron baju, iron sekali banyak. Elakkan iron setiap hari. 

Nak cari barang elektrik, ambil yang ada sticker 5 bintang sebab dia punya kadar efisyen dalam jimatkan elektrik memang terbaik!

Tukar lampu biasa ke lampu LED. Walaupun kos beli agak mahal daripada lampu kalimantang, tapi life span lampu LED lagi tahan lama berbanding lampu kalimantang. Atau pun gunakan lampu jenis T5 fluorescent. 

Fridge tu janganlah korang letak betul-betul rapat dengan dinding. Bagi ada ruang sikit dalam 10cm supaya ada peredaran udara.

Kalau peti ais korang jenis dicampak je barang dalam tu, silalah kemas. Sebab fridge yang kemas dan tersusun rapi sebenarnya jimatkan elektrik.

Kalau pakai aircond, pastikan tingkap, pintu atau ruang terbuka ditutup. Lagi kecik ruang, lagi rendahlah bil yang akan sampai dekat korang nanti. Kena juga sentiasa cuci filter aircond tu supaya fungsinya lebih efisyen. Untuk suhu pulak yang disarankan ialah antara 22-25 darjah je.

Kredit: FMT

Senang je kan? Mungkin awal-awal ni korang rasa macam tak biasa. Tapi slow slow nanti korang akan adapt dengan cara baru ni.

Yang penting, bil elektrik memang boleh jimat banyak kalau guna cara ni.

Read Previous

Banyak Kali Tangguh Majlis, Bodybuilder Akhirnya Selamat Kawin Dengan Makwe Boneka

Read Next

Comelnyer! Gelagat Kucing Offer Anak Untuk Dimasak Hiburkan Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 1 =