• 14/04/2021

Video TikTok Gtlosiar Raih Perhatian Bila Sakinah Buat Hal Lagi

Nama Gtlosiar semakin mendapat perhatian bukan je di Indonesia tetapi juga di Malaysia dengan keletah keletah lucu mereka.

Mula raih perhatian dengan viralnya video cover lagu Rossa sambil menangis diikuti dengan video rasukan ala filem Munafik, empat kanak-kanak – Sakinah, Naria, Cahaya dan Lilah video mereka memang dinanti-nanti ramai orang.

Yang paling lucu si Sakinah yang sentiasa pelik. Dalam 4 orang tu dia mesti ganjil. 

Macam dalam video TikTok baru-baru ni, yang lain semua dekat bawah tapi si Sakinah ni je jauh nun kat belakang atas lereng bukit.

Dahlah step pun salah. HAHA. Tepuk kepala sis dibuatnya tengok si Sakinah ni. Tak pernah lah tak kelakar.

Yang ni pulak masa short sinetron pasal ada perempuan lain cuba rampas suami dia. Dah tersungkur turun bukit tu elok je dia teruskan lakonan tak ada cut pun. Memang hebat dorang ni.

Ada-ada jelah Sakinah ni. Bukan sis sorang je yang terhibur. Rupanya netizen lain pun terhibur dengan gelagat Sakinah ni sampaikan ada yang mintak lagi sebab tak puas hati ketawa.

Rupanya si Sakinah ni bukan je dalam lakonan kelakar, luar skrin pun sama jugak. Kalau korang nak dengar apa si Sakinah ni buat masa interview dengan radio Era hari tu, korang boleh baca: Era FM Call 4 Budak Viral Indonesia – Over Betul Sampai Menangis Nyanyi Lagu Rossa!

Read Previous

Preservasi Tradisi Atau Modernisasi? Idea Menarik Oleh MinNature Malaysia.

Read Next

Uniqlo Park Di Yokohama, Megastore Siap Ada Taman Rekreasi Untuk Outdoor Dan Tempat Lepak Berpandangankan Lautan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + 13 =