Walau macam mana pelik dan merepeknya tradisi, tapi tulah asal usul kita yang perlu kita pelihara. Tidak lupa juga, memahami dan menghormati tradisi orang lain. Tapi kalau dah sampai kacau ketenteraman and ekstremis sangat tu. Ang better pergi jauh lahh dari musibat tersebut. HAHA!
Ya lah kan, terjadinya generasi kau sekarang ni pon di sebabkan nenek moyang kau gak. So takkan nak lupakan diorang lagi2 yang berjasa dan berjaya memerdekakan Malaysia ni? Haa patriotik sikitttt. Of course kita akan mengingati jasa mereka dan menjadikannya tauladan.
Pernah dengar MinNature Malaysia?? Yang menariknya pasal diorang ni, bukan setakat rekaan miniature diorang lawa and seakan2 real je, tapi diorang banyak reka miniature diorang bertemakan tradisi dan perayaan di Malaysia!
Detail gila lukisan batik dia buat tu!
Antara salah satu planning rekaan diorang sebelum semua menjadi kenyataan!
Kau ingat senang??
Sekali pandang serious ingatkan Uncle Jimi tadi. HAHA!
Boleh buat concept The Beatles plak! Memang fav!
MinNature Malaysia ni kau boleh bawa anak buah, family, group assignment, lepak, dan macam2 aktiviti lah termasuk celebrate birthday okay! Meriah tak meriah! Pada waktu yang sama, korang boleh tengok dan belajar tema tradisional diorang yang vintage, sambil2 mengimbau waktu korang muda dulu.
Lokasi MinNature Malaysia:
MinNature Malaysia
Sungei Wang Plaza (JUMPA Annex), Lot No MUF-1, Level 1,
Jalan Sultan Ismail, 50250,
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Takpon korang Google Maps or Waze je. For sure jumpa punya lah! Have fun guys!
Kredit Gambar Utama: via Website MinNature Malaysia