9 tahun dah dapat sijil taraf dunia oleh NASA! Jeles kan?? Kalau lah sijil tu kau boleh letak siap frame dekat rumah. Bangga family kau kan?? Silap2 satu Malaysia tumpang bangga!
Zyson Kang Zy Shun mengharumkan nama negara apabila mendapat tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (Kategori bawah 11 tahun) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA).
Ha tengok! KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong & KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut mengucapkan tahniah okay! Bosan2 dekat NASA, balik Malaysia kerja dengan agong. Setel.
Actually, dia ni ada lah murid tahun tiga dari SJK(C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor. Muda gila mat! Zyson berjaya menambat hati panel hakim dari NASA dengan ciptaan beliau, Spacesuit Lunar Toilet sehingga menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.
Akhbar The Star melaporkan, Zyson telah mengikuti banyak pertandingan sains, termasuk mereka model sistem suria pada tahun 2016 ketika berusia lima tahun dan menyampaikannya kepada angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Korang kenal? Tak kan? Korang kenal bang jago ja! Puihhh!
Power beb certification award dia! NASA tu!
Suka betul Cik Kiah tengok diagram and rajah dia! Comel and on point teruks!
Nak tengok lebih lanjut macam mana dia present idea ciptaan dia, boleh klik link di bawah! SEMOGA MAJU JAYA DIK!
Kredit Gambar Utama: FB NASA & DiscoveryWorld