Gila Mahal! Ikan Ni Sekilo Boleh Sampai RM18K Kalau Jual Dekat Malaysia

Kalau korang rasa ikan siakap atau ikan yu adalah ikan paling mahal ada dekat Malaysia, meh sini sis G nak cerita pasal ikan yang berat sekilo dia je dah boleh buat bayar muka kereta.

Ikan empurau atau ikan kelah yang merupakan ikan air tawar dari Sarawak ni harga sekilo di boleh cecah sampai RM18,000. Jangan tak percaya… 

Kredit: Utusan Borneo

Mesti korang pelik sebab apalah ikan ni mahal kan? 

Ikan empurau ni dia punya reputasi memang power. Sebab isi dia halus dan kenyal. Rasa pulak lebih kepada manis manis savouri macam rasa buah. Puncanya sebab ikan empurau ni hanya makan buah-buahan yang jatuh ke dalam sungai je.

Disebabkan susah nak dapat jugalah harga dia boleh mark-up sampai boleh berbelas ribu untuk sekilo. Kalau pemburu ikan dapat tangkap ni memang kira macam menang besar dah.

Walaupun korang boleh jumpa ikan di dekat kawasan air tawar dekat Asia Tenggara, ikan empurau dari Borneo juga jadi kegilaan sebab diet dan pemakanan dorang yang unik sampai dapat gelaran ‘Raja Sungai’.

Ada juga yang beli ikan ni bukan sebab nak makan, tapi sebab nak buat hiasan. Kononnya sebagai lambang kekayaan dan luck penjaganya.

Kredit: YouTube Ahmad Kelah

Tapi kan kalau tengok sisik yang kilat pun boleh agak harga dia mahal. Cumanya tak expect lah semahal itu. Cuba tanya kawan korang orang Sarawak tu pernah makan tak ikan ni?

Read Previous

Langgar SOP COVID-19, Kim Jong-un Jatuhkan Hukuman Bunuh Pada Pegawai

Read Next

Budak Malaysia Berumur 9 Tahun Cipta Tandas ‘Zero Gravity’ Untuk NASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + one =