Hidup sebagai seekor gajah memang tak indah. Lagi pula kalau berjumpa dengan manusia yang tidak bertimbang rasa. Macam yang berlaku dekat Kaavan, seekor gajah yang tinggal dekat zoo Pakistan ni.
Masa umur 1 tahun, Kaavan dipisahkan dari induknya dan diserahkan kepada Pakistan untuk membantu dalam penggambaran satu filem Bollywood dan juga sebagai tanda hubungan diplomasi yang terjalin antara Sri Lanka-Pakistan.
Tapi malangnya nasib Kaavan ni bila dia ditempatkan dekat sebuah zoo di Marghuzar yang memang terkenal sebagai sebuah zoo bermasalah. Pihak pentadbiran gunakan haiwan-haiwan dekat situ untuk kaut keuntungan dan sikit pun tak peduli pasal haiwan-haiwan tu.
Jadi Kaavan ni akan didera pelatihnya untuk hiburkan pengunjung zoo. Bukan je dia dilayan dengan teruk oleh pelatihnya, tapi juga oleh pengunjung yang datang.
Hidup Kaavan bertambah derita bila kawan gajahnya, Sahelo mati akibat sepsis pada tahun 2012. Sejak dari tu, Kaavan lah satu-satunya gajah yang tinggal sampaikan digelar sebagai gajah paling sepi di dunia.
Sebabnya lepas kematian Saheli, Kaavan mula ada habit goyangkan kepala sampai berjam-jam. Bila diperiksa doktor, katanya habit tu lahir sebab Kaavan terlampau bosan. Malah kuku Kaavan juga didapati rosak sebabnya hidup dekat kandang yang kotor dan tak terurus.
Selepas 4 tahun nasib Kaavan diperjuangkan, akhirnya Kaavan bebas!
Misi yang diketuai penyanyi pop Amerika, Cher sejak 2016 tu bukan je berjaya selamatkan Kaavan selepas terseksa selama 35 tahun, tapi juga berjaya membuatkan zoo tu terima arahan untuk ditutup selamanya.
Buat masa sekarang, Kaavan ditempatkan di pusat pelindungan hidupan liar dekat Kemboja untuk dirawat dan jalani hidup yang lebih baik.
Salam kebebasan buat Kaavan!