Kalau Malaysia setegas Korea Utara, rasanya hanya perlu 2 minggu je graf jangkitan COVID-19 untuk dilandaikan.
Sebab apa?
Dekat Korea Utara, Presidennya, Kim Jong-un memang tak bertolak ansur langsung dengan mana-mana pihak yang langgar SOP wabak COVID-19. Contohnya media USA Today melaporkan baru-baru ni seorang pegawai pertaniannya dihukum bunuh atas kesalahan tersebut semasa menerima bantuan bekalan beras dari China.
Tapi tindakan Kim Jong-un yang memang terkenal dengan pemerintahan secara diktator tu tak dipersetujui beberapa ahli parlimen Korea Selatan yang merasakan ianya sebagai hukuman tak masuk akal.
Sebelum ni pun Kim Jong-un pernah buat hukuman yang sama dekat seorang pegawai yang ditugaskan untuk jaga mata wang Korea Utara. Tapi disebabkan wabak, mata wang Korea Utara jatuh teruk dan pegawai yang malang tu pun dihukum, sedangkan benda tu bukan salah beliau pun.
Pegawai penyelidik kata tindakan kejam diambil disebabkan mereka paranoid dengan wabak pandemik ni. Walaupun paranoid, bantuan & nasihat daripada WHO memang dorang tak nak terima atas dakwaan republik tu masih bebas daripadanya.
Tengok jelah masa bagitahu dorang catat je kes pertama, Kim Jong-un terus bagitahu pesakit COVID-19 akan dihukum. Ada antaranya yang diseksa, dibiarkan lapar sampai meninggal dunia dan kemudian mayatnya dibakar.
Bersyukurlah Malaysia masih kenakan denda RM1,000. Kalau Malaysia pun buat macam Kim Jong-un semua orang pun tak akan berani keluar rumah sebab takut terjangkit dan kemudiannya terima nasib yang sama.