Kelantan Pernah Jadi Lubuk Pelacuran Tahun 1950-an? Ini Sejarahnya

Tahukah korang, negeri Kelantan pernah digelar sebagai Paris of Malaya pada satu ketika dahulu disebabkan aktiviti pelacuran yang ada di sana? Haa, meh sini sis G nak cerita sikit pasal ni.

Mula-mula Kelantan dapat gelaran Paris of Malaya ialah pada tahun 1956 yang mana diberikan oleh satu MP di Kelantan iaitu Nik Mohamad Amin Nik Ali beritahu yang Kelantan akan dibersihkan daripada aktiviti ini.

Tak hanya perempuan tetapi lelaki juga terlibat dalam aktiviti pelacuran. Rata-ratanya sebab masalah ekonomi yang dihadapi. Ada juga yang dikatakan sudah dilatih sejak umur 12 tahun lagi. Dan mereka yang terlibat tu bukannya berasal dari Kelantan je tau tapi dari seluruh Semenanjung Malaysia. 

Dalam buku Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan (1838) sendiri pernah bagitahu yang aktiviti ni dah pun bermula sejak sekian lama. Contohnya dalam satu petikan dalam buku tu:

“Shahadan maka adalah saya lihat dalam negeri Kelantan itu terlalu banyak perempuan jalang. Maka apabila petang hari, datanglah ia dekat-dekat perahu segala dagang, berjalan berduyun-duyun. Ada pun pakaiannya itu berkemban sahaja dengan tiada berbaju; dan rambutnya bersanggul lintang sangkut. Maka dipakainya bunga melor berumbai-umbai, panjangnya sampai ka lututnya..”

Walaupun lepas je Kelantan dah dibersihkan, nama Paris of Malaya tu tetap melekat sampailah pernah digunakan untuk tarik pelancong luar pada tahun 1962.

Kredit: National Library Board Singapore

Kenapa kena guna kota Paris kat Perancis?

Sebabnya dulu kota Paris memang terkenal sebagai lokasi pelacuran dunia. Tapi bila dah dibandingkan macam tu dengan Kelantan, orang Paris pun tak senang hati. Kononnya ‘is an insult’ sebab kegiatan pelacuran dekat London lagi aktif berbanding Paris.

Kredit: National Library Board Singapore

Tapi lepas je Kelantan diambil alih di bawah pimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, semuanya berubah. Contohnya premis judi ditutup dan arak pun tak benar disajikan dekat public. 

Buktinya Kelantan hari ini jauh lebih baik dari berpuluh-puluh tahun dahulu. Walaupun pahit untuk ditelan tapi ini jadi pengajaran untuk semua supaya tidak mengulang sejarah dan kenang sejarah sebagai satu panduan kehidupan. 

Lagipula undang-undang di Malaysia sendiri dah menetapkan bahawa sebarang aktiviti pelacuran adalah satu kesalahan jenayah yang akan dikenakan hukuman.

Read Previous

Amboi! Lelaki Tersenyum Lebar Dapat Bersanding Dengan 2 Isteri Sekaligus

Read Next

Langgar SOP COVID-19, Kim Jong-un Jatuhkan Hukuman Bunuh Pada Pegawai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + seven =