Amboi! Lelaki Tersenyum Lebar Dapat Bersanding Dengan 2 Isteri Sekaligus

Jarang-jarang berlaku tapi jangan ingat tak ada tau.

Seorang lelaki, Ra Karror jadi perhatian ramai bila gambar beliau bersanding dengan dua orang wanita, Neng Aan & Nyai Farroh iaitu isteri-isterinya jadi viral. Yang tambah menarik perhatian orang ramai bila kedua-dua wanita tu elok je tersenyum manis di sisi suami mereka. 

Ramai yang tertanya-tanya apa rahsia yang lelaki dari Madura, Indonesia tu gunakan sampai persandingan dengan kedua isterinya boleh berlangsung dalam keadaan aman. Kata adik Ra, idea nak bersanding sama tu datangnya dari isteri pertama Ra, Neng Aaan.

Kredit: Jatim News

Lepas 15 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat, Neng Aan nekad mencarikan isteri baru untuk suaminya bagi memperkembangkan keturunan. Ra tidak menolak malah ikut je apa yang isterinya mahukan.

Kredit: Merdeka.com

Alasan untuk diajak keduanya naik pelamin supaya orang ramai tahu yang perkahwinan dorang tu direstui isteri pertama supaya tak adalah mulut-mulut bawang yang membawang.

Hmm… Untungnya Ra dapat isteri yang membenarkan suaminya kawin lagi satu. Ni sis nak tanya, kalau korang sanggup tak nak kongsi suami dengan wanita lain macam yang Neng Aan buat?

Kalau sis, jujurlah sis tak sanggup. Berendam air mata woo. T-T

Korang juga mungkin berminat nak baca:
Dah Tak Ada Jodoh, Pasangan Viral Beza 61 Tahun Bercerai Lepas 22 Hari

Read Previous

AirSial Dari Pakistan Melancarkan Syarikat Penerbangan Baru2 Ini

Read Next

Kelantan Pernah Jadi Lubuk Pelacuran Tahun 1950-an? Ini Sejarahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × one =