Dah Tak Ada Jodoh, Pasangan Viral Beza 61 Tahun Bercerai Lepas 22 Hari

Viral betul kisah ni dulu sampaikan berita luar negara pun cover kisah-kisah dorang sebabnya perbezaan umur antara kedua pasangan memang agak jauh, iaitu 61 tahun!

Si suami, Abah Sarna, 78 tahun dikatakan telah bercerai dengan Noni Navita, 17 tahun selepas 22 hari menjalani rumah tangga. Menurut sumber, Abah jatuhkan talak kepada Noni menerusi sekeping surat yang dihantar ke mahkamah Jumaat akhir Oktober lalu.

Berita tu memang mengejutkan ramai pihak terutamanya keluarga Noni kerana pasangan tu masih lagi dalam mood honeymoon dan dorang sendiri pun tak nampak macam ada masalah. Happy je macam pasangan yang lain.

Keluarga Noni kata, tindakan Abah yang dipercayai dibuat sebab keluarga Abah yang membantah telah merendahkan maruah keluarga dorang sampai menyebabkan Noni alami tekanan perasaan.

Malah ada juga yang menuduh Noni dah hamil sebelum kawin. Tapi semua tu dinafikan keluarga Noni yang mengatakan ianya adalah fitnah.

Perkahwinan Abah-Noni bukan je jadi viral sebab perbezaan umur dorang tapi juga sebab hantaran perkahwinan yang diberikan Abah terpaksa dibawa gunakan lori – almari, tilam dan sebuah motosikal Honda PCX selain daripada mas kahwin berjumlah 10 juta RPH (RM2,819).

Hmm, sedihnya. Tapi dah tak ada jodoh, nak buat macam mana. Siapalah kita nak menolak takdir Tuhan. Kita doakan jelah yang baik-baik untuk kedua-duanya.

Zee doakan mana yang masih belum dapat jodoh tu akan segeralah bertemu jodoh yang terbaik buat korang.

Read Previous

Biar Betik! Hampir Separuh Pilot Pakistan Tak Ada Lesen Sah

Read Next

Gelagat Lelaki Live Buat Netizen Terhibur, Semuanya Melatah Punya Pasal!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 − five =