AirSial Dari Pakistan Melancarkan Syarikat Penerbangan Baru2 Ini

Yes guys! HAHA! AirSial itu memang nama syarikat penerbangan dari Pakistan! So baru-baru ni, pada akhir November 2020, AirSial melancarkan syarikat penerbangan secara rasminya. Bila kau ada syarikat penerbangan ni, kau mesti perlukan kapal terbang kan?? Jadi, diorang buat perasmian kapal terbang mereka iaitu pesawat Airbus A320-200.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:airsial.jpg
Kredit: image Google
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:128615107_724897778408610_6717499528452782875_n.jpg
Kredit: AirSial

Hampir2 sama dengan nama asal tempat diorang, Air Sial mempunyai HQ yang berpusat di Sialkot, Pakistan. Haaa korang boleh gugel nama tempat tu. Memang betul beb ada nama Sialkot! 

Ia dilancarkan untuk memajukan penerbangan udara mereka dari wilayah ke wilayah Sialkot. Penerbangan akan bermula dengan laluan antara bandar-bandar di Pakistan iaitu Karachi, Lahore dan Islamabad, tetapi syarikat penerbangan itu mempunyai rancangan untuk melancarkan laluan antarabangsa, dengan mempertimbangkan negara-negara seperti Malaysia, UAE, Arab Saudi, Qatar, dan Bahrain.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:128190669_768284754035400_66977650696063291_n.jpg
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:127925134_915685988965964_1766586101199822420_n.jpg
Kredit: AirSial

Lepasni berkemungkinan akan berkumandanglah ‘AirSial ke Sialkot’ dekat KLIA kita. HAHAHAHA!

Kredit Gambar Utama: AirSial

Read Previous

Mantap! Lelaki Jatuh Cinta Pada Nenek 76 Tahun Lepas Jumpa Dekat Pasar

Read Next

Amboi! Lelaki Tersenyum Lebar Dapat Bersanding Dengan 2 Isteri Sekaligus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 − 2 =