Mantap! Lelaki Jatuh Cinta Pada Nenek 76 Tahun Lepas Jumpa Dekat Pasar

Jodoh memang tak kenal usia gais. 

Dah beberapa kali viral pasal jarak umur antara pasangan lelaki dan perempuan yang berkahwin. Kali ni sis nak cerita pasal yang berlaku dekat Jawa Timur Indonesia melibatkan pasangan yang jarak umurnya hampir 50 tahun! 

Kredit: Kosmo

Kisahnya bermula bila pengantin perempuan, Yainem, 76 tahun dan pengantin lelaki, Jamhar Ali, 29 tahun berjumpa masa tengah membeli dekat pasar. Lepas daripada tu mereka berkawan, bila dah serasi maka keduanya ambil keputusan nak bersama.

“Pas ketemu, saya tanya mau ga. Kalau mau langsung nikah.” – Jamhar

Walaupun Yainem jauh lebih tua daripadanya, Jamhar tetap memberitahu beliau mencintai isterinya itu dan meneruskan majlis mereka yang diadakan secara sederhana dengan ahli keluarga dan jiran terdekat sebagai tetamu.

Kredit: JatimNow

Yainem yang bergelar janda selepas suaminya meninggal 2 tahun lalu menerima mas kahwin sebanyak 200 Rupiah Indonesia (RM58) dari Jamhar yang juga merupakan duda sejak 4 tahun lepas.

Kredit: Detik.com

Kalau dah memang jodoh dorang, kita yang baca ni doa jelah yang baik-baik untuk pasangan ni. Yang masih belum bertemu jodoh, jangan risau. Mungkin jodoh korang belum lahir lagi kot. Heh!

Korang juga berminat nak baca:
Dah Tak Ada Jodoh, Pasangan Viral Beza 61 Tahun Bercerai Lepas 22 Hari

Read Previous

Umie Aida Turun Padang Sejak Kes Tembak Menembak & Dera Anjing Semakin Berleluasa

Read Next

AirSial Dari Pakistan Melancarkan Syarikat Penerbangan Baru2 Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 15 =