Eh asal kes2 macam ni makin teruk?? Siap ada anjing yang kena anak panah, racun, dera dan sebagainya?? Diorang pon ada perasaan okay! Tak kisahlah anjing liar ke apa, walaupon diorang kacau or berlegar2 dekat area rumah kau, boleh je kan call or report untuk tindakan yang sepatutnya??
Yang ang pergi tubikk anjing tu awat!!! Bodoh pianggg ka pa!!
Jadi disebakan itu, Datin Sri Umie Aida, salah satu artis/pelakon memulakan inisiatif untuk buat ‘awareness’ untuk apa yang telah berlaku dalam sosial media baru2 ni menerusi My Forever Doggo! Dia juga turut berkongsi kisah dia bela seekor anjing jalanan bernama Blacky selama 5 tahun!
My Forever Doggo adalah platform perkhidmatan dan perlindungan yang bertujuan untuk memberi setiap anjing kehidupan baru, tanpa mengira usia, warna, keturunan dan saiznya.
Anjing ni boleh buat hal plak kepala tersangkut dekat balang! HAHAHA! Btw, tenkiu cik bomba selamatkan anjing tu! Kredit: ig myforeverdoggo
Dekat laman Instagram, My Forever Doggo, Umie bekerjasama dalam memberi kesedaran dan menyampaikan mesej kepada netizen bahawa semua individu perlu menghormati makhluk ciptaan Tuhan termasuk haiwan.
Nak tahu kisah Umie Aida dengan anjing dia?? Korang boleh check inisiatif yang My Forever Doggo buat dekat profile Instagram diorang di bawah!
Awareness oleh Umie Aida & My Forever Doggo!
Kredit Gambar Utama: ig myforeverdoggo