Cara Mohon Keluarkan Duit Akaun 1 Dengan i-Sinar

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan program i-Sinar yang sebelum ini hanya diperuntukkan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan telah diperluaskan dengan menyasarkan semua ahli yang terjejas.

Malah pengeluaran wang daripada Akaun 1 yang sebelum ini cuma RM6,000 telah dinaikkan kepada RM10,000 dengan membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Kerajaan juga sebelum ini memberitahu, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

Cara permohonan:

  1. Pastikan anda memiliki akaun i-Akaun KWSP.
  2. Log in guna ID dan password yang sudah didaftarkan.
  3. Klik PENGELUARAN di bahagian atas laman web dan klik e-PENGELUARAN.
  4. Klik PERMOHONAN BARU dan klik i-SINAR.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan submit permohonan.

Atau boleh juga pergi ke mana-mana pejabat KWSP dengan menunjukkan bukti mengenai kehilangan  pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT (elaun kerja lebih masa) atau pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.

PERMOHONAN DIBUKA: Korang boleh mula memohon bermula Disember 2020 dan amaun akan dikreditkan ke dalam akaun bank bermula hujung bulan sampai Januari 2021.

Moga yang terjejas dapat gunakan duit tu sebaik mungkin. Jangan pula ada yang keluarkan untuk benda-benda tak penting, macam iPhone 12 atau PS5 ke… 

Read Previous

Gambar Awam Macam Ombak Dekat Singapore Buat Netizen Rasa Ngeri

Read Next

Besarnya! Penduduk Florida Terkejut Alligator Saiz ‘Dinosaur’ Bersiar Atas Jalan Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 4 =