• January 19, 2021

Gambar Awam Macam Ombak Dekat Singapore Buat Netizen Rasa Ngeri

Menjelang hujung tahun, pastinya rakyat Malaysia dah bersiap sedia dengan keadaan ribut, hujan dan banjir terutamanya dekat beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Tak terkecuali di negara luar yang berdekatan Malaysia macam Singapura, Indonesia dan Thailand.

Semalam, viral dekat Twitter gambar awam yang berbentuk macam ombak besar di Singapura. Ramailah orang retweet dan share sampaikan dikongsi secara meluas.

Sekali pandang memang macam ombak dekat laut gais. Macam mana korang tengok kalau ombak datang hampiri pantai tu, haa macam tu lah yang ada dekat langit Singapore. Ngeri beb! Katanya gambar tu diambil sebelum rebut besar melanda.

Kredit: @leeyikkeat
Kredit: @leeyikkeat

Kalau baca komen, ramai yang cakap bentuk awan macam bentuk ombak tsunami yang pernah melanda Indonesia pada tahun 2014.

Fenomena awam bergulung berbentuk ombak ni sebenarnya dah beberapa kali berlaku, antaranya dekat Virginia, AS dan Makassar, Indonesia.

Kejadian awan bergelombang di Makassar pada tahun 2019.


Kalau korang nak tahu, fenomena ni dipanggil sebagai awan Kelvin-Helmholtz atau pun awam ombak yang biasanya terbentuk pada hari-hari berangin disebabkan perbezaan kepadatan udara. 

Senang nak faham, punca berlakunya awam bentuk gelombang ni adalah disebabkan udara bergerak dengan kadar yang cepat. Dan bila ini berlaku maknanya ada ketidakstabilan atmosfera.

Tak ketinggalan juga dekat Langkap, Perak pun pernah jadi fenomena yang sama masa tahun 2016. 

Kejadian awan bergulung di Langkap, Perak.

Jadi kalau korang nampak awan macam ni, untuk lebih selamat cari tempat berteduh. Sebab ianya bawa petanda yang akan ada ribut besar melanda nanti.

Stay safe gais!

Read Previous

Jom #KitaBelanjaKita Bersama Inside Scoop!

Read Next

Cara Mohon Keluarkan Duit Akaun 1 Dengan i-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − six =