• January 19, 2021

Besarnya! Penduduk Florida Terkejut Alligator Saiz ‘Dinosaur’ Bersiar Atas Jalan Raya

Baru-baru ni viral pasal satu video yang menunjukkan seekor alligator rilek je bersiar-siar dekat kawasan padang golf masa Florida sedang dilanda ribut tropika Eta. Yang buat netizen terkejut bila tengok saiz alligator tu yang besar gila sampaikan ada yang umpamakan haiwan reptilia tu sebagai dinosaur. 

Percaya atau tak, alligator adalah haiwan yang biasa dilihat sejak sekian lama di Florida. Malah populasinya di sana sudah pun dijangka lebih daripada 1.25 juta! 

Antara yang menariknya tentang alligator Amerika yang ada dekat Florida ni ialah mereka berjalan dengan cara ‘mengangkat badan’ maknanya bukan berjalan macam buaya biasa tapi berjalan macam kucing dan anjing tu – perut diangkat. 

Dari jauh memang nampak sasa dan gagahlah.

Kalau korang nak tengok dekat Malaysia, rasanya dekat Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka ada habitat alligator jenis ni.

Sis G nak share sikit pasal alligator ni. Menurut ahli ekologi Lucas Nell, alligator ni takut dengan manusia disebabkan mereka ni dah diburu sejak dari bangsa Eropah tiba di Amerika. 

Alligator dikatakan tak akan memulakan serangan kepada manusia terlebih dahulu melainkan mereka ni diganggu dan diserang. Malah daripada menyerang manusia, haiwan reptilia ni sebenarnya lebih prefer untuk targetkan haiwan yang lebih kecil macam ayam, ikan, burung dan sebagainya. 

Kredit: Static

Kalau berlaku serangan membunuh tu memang rare lah kiranya.

Disebabkan alligator terlampau common dekat Florida, rakyat sana siap buat sukan memburu alligator lagi tau. Sukan yang dipanggil alligator hunting ni memang legal dekat sana. Malah ada ladang alligator yang sediakan bekalan daging untuk mereka yang gemarkan daging reptilia ni.

Kredit: Big Pops

Saiz buruan bukan yang biasa-biasa kadang-kadang taruhan saiz naik sampai 10-12 kaki panjangnya. Hasilnya nanti akan dimakan sebagai meraikan kejayaan, tak pun dijual kepada restoran yang ada sediakan menu daging alligator.

Cumanya untuk memburu tu ada musim-musim yang dibenarkan.

Mesti ada antara korang yang masih lagi tak tahu beza alligator dan buaya. Meh sis G beritahu secara ringkas.

Alligator

  • Rahang lebih berbentuk U
  • Bila mulut tertutup, akan nampak gigi di luar mulutnya
  • Tak ada kelenjar masin
  • Warna hitam atau kelabu

Buaya

  • Rahang berbentuk V
  • Ada kelenjar masin, sebab itulah mereka hanya hidup di kawasan tasik atau air tawar
  • Warna lebih terang macam warna zaitun

Jadi kalau korang ada plan nak pergi Florida, siap sedialah dengan kemungkinan untuk nampak buaya ni dekat mana-mana. Jangan terkejut pulak nanti kalau tiba-tiba jumpa alligator elok je melepak tepi jalan dengan geng dia. 

Read Previous

Cara Mohon Keluarkan Duit Akaun 1 Dengan i-Sinar

Read Next

Comelnya! Ayah Guna Kucing Tunjuk Cara Mandikan Baby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − eleven =