• January 19, 2021

Fuyyo! TMJ Jadi Orang First Dekat Malaysia Ada PS5

Sana sini orang sebut pasal PS5. Memang kuat betul penangan game konsol ni sampaikan baru je seminit dibuka untuk preorder dah sold out. Yang paling awal akan diterima adalah pada 11/12 ni.

Kredit: Sony Malaysia

Tapi… Korang jangan jeles tau. TMJ dah ada dah okey PS5 kegilaan korang tu! Gila laju, 3 minggu awal kot. Sis tahu ramai yang menangis dekat bucu katil sekarang ni. Sabarlah ya.

TMJ yang dah tentunya happy sebab dapat rasmikan dulu PS5 ni juga turut jadi orang first dekat Malaysia yang ada PS5. Power.

Netizen pun sama naik happy tengok walaupun masing-masing masih menanti giliran untuk dapatkannya.

Untuk PS5 ni Sony Malaysia umumkan dua edisi iaitu edisi digital dan edisi Ultra HD Blu-ray yang mana masing-masing ditawarkan dengan harga RM1,869 dan RM2,299.

Tapi yang sis lagi tak boleh brain bola ada reseller yang mark-up harga sampai berganda-ganda untuk PS5. Bukan sekali dua ganda tau, tapi sampai hampir 10x ganda! Dari boleh dapat dengan RM1.8k terus shoot pergi RM102.8k.

Gila tak gila orang sekarang buat duit. Ke itu adalah strategi jualan yang bijak sebenarnya? Hmm, bagi sis kalau nak tekan pun janganlah sampai macam tu. Cukuplah sikit sikit je. 

Sebabkan ramai sangat dah reseller mark up harga tak masuk akal, Sony bagitahu peminat supaya bersabar sebabnya lebih banyak game consol akan dikeluarkan dan harganya semua tetap tak ada cekik darah.

Boeklah Sony ni. Ini yang kita mahukan. Jadi sis G nak tanya ni, korang sempat ke preorder hari tu? 

Read Previous

Antara artis2 Korea yang pernah mengenakan pakaian tradisional melayu!

Read Next

Viral iPhone11 RM23, Ramai Yang Bising Kata Kena Tipu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 4 =