• January 19, 2021

Viral iPhone11 RM23, Ramai Yang Bising Kata Kena Tipu

iPhone memang idaman setiap orang. Spec yang diberikan memang power terutamanya bab kamera. Sis G pun terpikat tapi masih belum mampu nak beli sebab sis G ni rakyat marhaen je. Gituhh.

Baru-baru ni sis G ada terjumpa satu posting yang katanya iPhone11 dijual dengan harga RM23. Biar betik kome ni. Kalau gitu memang sis G nak pi borong dulu.

Tapi nasib baik sis G masa tu bijak sikit dan fikir panjang supaya tak terpedaya dengan viralnya sale itu. Sebab tak lama lepas tu ada yang komplen kata kena tipu uols!

Yelah, gila kau iPhone dijual dengan harga RM23. Dia punya casing ori pun Apple jual dekat RM100 kot. 

Tapi biasalah, sebabkan gelap mata ramai yang beli padahal seller dah inform awal-awal yang iPhone tu bukan iPhone sebenar tapi untuk display dekat kedai je. 

Tepuk dahi sis tengok dorang ni. Kesian kedai tu, tak pasal-pasal dapat rating rendah sebabkan adanya cust yang jenis beli tak baca details ni.

Haih, pengajarannya dekat sini: Silalah baca detail sebelum bayar. Jangan terburu-buru buat keputusan.

Read Previous

Fuyyo! TMJ Jadi Orang First Dekat Malaysia Ada PS5

Read Next

Jenama Tempatan Malaysia Meraikan Ikon Tempatan Sheila Majid & Anita Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 4 =