Dengar macam kelakar, tapi itulah yang jadi. Meh sis G share macam mana kisah lelaki yang berjaya buat duit hanya dengan kentut.
Lelaki ni nama dia Joseph Pujol berasal dari Marseille, Perancis. Masa kanak-kanak, family dia bawak si Joseph ni pergi berenang dekat laut. Masa tengah berenang, tiba-tiba Joseph ni rasa ada air masuk dekat dubur dia.
Dia punya takut, dia pun lari naik balik atas pantai dan keluarkan air tadi. Pelik dengan kejadian tu, ayah dia pun bawaklah Joseph ni pergi jumpa doktor. Tapi kata doktor benda tu biasa je.
Bila dapat tahu yang dia mampu buat macam tu dan orang lain tak, Joseph ni pun bereksperimen sendiri tanpa bagitahu orang lain. Sampailah satu saat tu, dia mampu tiru muzik dan keluarkan semula muzik tersebut dengan gunakan dubur dia.
Jijik kan? Tapi sis G rasa macam kelakar campur kagum.
Masa Joseph dipanggil untuk latihan ketenteraan barulah dia tunjukkan bakat dia dekat kawan-kawan dia sebagai hiburan. Ada masanya, Joseph buat show sedut air guna dubur dia dan pancutkan semula ke langit dengan kelajuan tinggi.
Kawan-kawan yang tengok pun apa lagi bersorak seronoklah sebab terhibur. Okey, sis G rasa lain macam betul hiburan dorang ni. Masa nilah si Joseph ni dapat gelaran Le Petomane yang mana dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil sebagai fartomaniac – orang suka kentut.
Lepas je habis latihan ketenteraan, Joseph kerja pula dekat satu kedai bakery. Dekat sinilah baru dia terbuka nak buat show dekat pelanggan-pelanggan kedai bakery. Yang dorang pun suka betul dapat tengok show macam tu.
Masa usia 30 tahun (1870), Joseph buat show pertama atas pentas dan sambutannya memang menggalakkan. Dari situ Joseph mula travel seluruh Perancis. Masa dekat Paris ni rezeki dia memang mencurah-curah.
Dia dipanggil untuk join pasukan teater Moulin Rouge pada tahun 1892 tapi rezeki dia tak lama. Dua tahun dengan pasukan teater, Joseph dibuang sebab tertangkap buat show tanpa dapat kebenaran pihak Moulin Rouge.
Joseph kemudiannya buat kumpulan sendiri iaitu Theatre Pompadour. Tapi sama juga tak lama sebab masa perang dunia pertama, banyak ahli kumpulan yang dipanggil untuk berperang.
Putus asa si Joseph ni pun balik kampung dan buka kilang biskut. Sejak dia balik kampung, tak pernah sekali pun si Joseph ni tunjuk bakat dia kecuali dekat keluarga je sekadar untuk menghiburkan sampailah dia meninggal.
Bila meninggal, ada yang cuba minta mayat Joseph untuk kaji macam mana otot dubur dia berfungsi. Tapi anak-anak dia macam tak bagi sebab bagi dorang yang rahsia biarkan jadi rahsia.