Pelik Pelik, Impian Remaja Nak Dating Dengan Godzilla Tercapai – Siap Ajak Kawin!

Setiap orang ada impian dan matlamat yang nak dicapai, sama ada kecil atau besar semuanya cuba direalisasikan dalam kehidupan seharian. Tapi macam mana pula dengan impian yang pelik-pelik?

Macam impian seorang remaja yang nak dating dengan Godzilla. Ya, betul korang. Ini cerita benar dan bukannya rekaan semata-mata.

Impian remaja, Seira Watanabe yang berusia 13 tahun tu dikatakan berpunca daripada obsesnya beliau dengan filem Godzilla: King of Monsters sampaikan banyaklah koleksi anak patung raksaksa tersebut beliau simpan.

Jangan main-main. Bunyi raksaksa pun dia tahu buat tau. Sebijik pulak tu! Memang nampaklah kesungguhan dia minat Godzilla tu.

Jadi disebabkan terlampau obses, sebuah rancangan TV dekat Jepun ni cubalah usahakan untuk realisasikan impian Seira yang nak dating dengan raksaksa ni. Bila nampak je raksaksa tu depan rumah dia, terus Seira ni macam sesak nafas. teruja sangat mungkin.

Jadual date dorang dimulakan dengan lawat muzium Godzilla dan kemudiannya ke taman untuk piknik. Dalam video tu, memang korang akan nampak betapa Seira ni anggap semua tu real. Sebab dekat pengakhiran video, Seira siap ajak raksaksa ni kawin!

Tindakan Seira tu memang menggelikan hati semua orang yang ada dekat situ. Kita sebagai penonton sendiri boleh agak yang dalam kostum Godzilla tu mestilah bukannya Godzilla betulkan? Tapi manusia sebenar.

Memang betullah cinta itu buta. Tak apalah Seira, janji kau bahagia sudahlah. Sis G pun tak tahu nak cakap apa. Korang boleh tonton video penuh Seira berdating dekat bawah.

Read Previous

Kentut Pun Boleh Jadi Kaya, Kenali Le Petomane Yang ‘Kuat Kentut’

Read Next

Penyelidik Jumpa Fosil Tapak Kaki Bukti Dinosaur Pun Dah Sampai Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 1 =