• November 28, 2020

3 Hari Tak Balik, Meow Bawa Senarai Hutang Tumpang Penginapan & Makan

Dah namanya kucing, tak sahlah kalau tak pernah buat perangai tak balik rumah sebab merayau. Tak pun sibuk mengurat kucing lain sampai lupa dekat tuan dan rumah dia. Tapi memang itulah perangai kucing.

Yang terbaru, sis Yana ternampak satu post yang mana seorang wanita share cerita yang kucing dia 3 hari tak balik. Sekali bila balik bawak hutang pulak! Kucing pun pandai eh berhutang?

Berlaku di Thailand, kisah kucing yang dishare dekat FB tuannya tarik perhatian ramai orang sebab #catslaves yang mana itulah sebenar realitinya. Apa-apa yang kucing buat, tuan dia yang kena ambil tanggungjawab.

Muka rilek sebab dah jumpa tuan. Kredit: ช้างเผือก

Okey sis sambung balik cerita kucing tu. Dari jauh nampak macam okeylah kucing dia dah selamat kembali.

Muka tak ada rasa bersalah betul! Kredit: ช้างเผือก

Sekali bila datang dekat tengok ada nota hutang tergantung dekat keher.

Kredit: ช้างเผือก

Nota tu yang ditulis dalam bahasa Thai membawa mesej: 

“Kucing awak asyik tengok ikan sardin dekat kedai saya. Jadi saya berikan dia 3 ekor. Makcik May di Kedai nombor 2.”

Posting tu bukan je hiburkan netizen Thailand, tapi juga netizen luar negara macam Malaysia dan Singapore. Femes dah kau meow! Lain kali jangan pandai berhutang. 

Buat hal betul meow ni. Harap tuan dia cepat-cepatlah langsaikan hutang meow dia dengan Makcik May tu. 

Read Previous

Mengundang Betul Perangai Anjing Ni, Inilah ‘Menganjing’ Yang Sebenarnya

Read Next

Kentut Pun Boleh Jadi Kaya, Kenali Le Petomane Yang ‘Kuat Kentut’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + seven =