• November 28, 2020

Helmet Imbas Suhu Polis Bantuan KTMB Dah Macam Filem Robocop, Canggih!

Meriah betul TL Sis G semalam dengan gambar polis bantuan berhelmet. Ingatkan ada produksi filem Malaysia nak buat filem Robocop versi Malaysia, rupa-rupanya lain yang jadi.

Sebabkan kes COVID-19 dah meningkat, dan kawasan KL, Selangor dan Putrajaya pun dah buat PKPB, pihak KTMB ambil inisiatif sediakan helmet yang boleh melancarkan tugas mengimbas suhu badan di KL Sentral.

Memang segak dan berkarisma semuanya Sis G tengok. Dah macam dalam filem sains fiksyen Hollywood.

Dengan adanya helmet ni, polis bantuan dah tak perlu susah susah sentiasa pegang pengimbas suhu manual masa buat rondaan di stesen. Pergerakan pun akan jadi lebih cepat selain daripada boleh mengelakkan polis bantuan terlampau rapat dengan orang awam.

Walaupun masih di peringkat percubaan penilaian keberkesanan dan kesesuaian kepada anggota polis, namun ini dapat tingkatkan keyakinan orang awam untuk gunakan public transport. Sebab tak akan ada yang terlepas daripada pandangan ‘mata helang’ mereka.

Yang Sis G kagum, ketetapan helmet ni imbas suhu dibuktikan 99.99% betul tau. Siap dari jarak 2-3 meter dah boleh tahu.

Kalau ada penumpang yang  miliki suhu lebih daripada sepatutnya iaitu 38°C, pemakai helmet akan diberikan amaran pada visor. 

Kredit: Malay Mail

Menurut Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad Asri Khalbi, harga untuk seunit helmet ni boleh cecah sampai RM50,000!

Tergamam sekejap Sis G dengar. Mungkin kalau Sis G dekat tempat polis bantuan tu, Sis G takut nak sarung kat kepala. Kalau sarung pun, Sis G akan jalan macam model atas stage kot.

Kredit gambar utama: Malay Mail

Read Previous

Gais, Jom Grab Promosi 50% Starbucks Sekarang!

Read Next

Lawak Gila! Punya Teruja Anak Sekolah Cina, Bapa Semangat Cakap Mandarin Sampai Terkeluar Slang Tamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 16 =