Dalam dunia hari ni, pentingnya untuk kita tahu bertutur lebih daripada 1 bahasa. Kalau di Malaysia, bahasa yang sering digunakan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sedar dengan kepentingan tersebut, ramailah ibu bapa zaman sekarang menghantar anak-anak mereka sama ada pergi belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) atau pun ke pusat tuisyen yang ada tawarkan servis berkenaan.
Sis G nak share, baru-baru ni sis G ada jumpa video seorang ayah yang teruja sangat selepas hantar anak yang umur 2 tahun belajar dekat sekolah Cina. Walaupun baru 2 minggu, si ayah dah try hard nak bercakap dengan anak dia gunakan bahasa Mandarin.
Anak dia pun macam malas nak layan perangai ayah dia yang terover semangat tu cuma jawab dalam bahasa Inggeris. Geram sebab tak dilayan si anak, terus keluarlah slang Tamil dia.
Mula-mula tu je eloklah ada bunyi ala-ala bahasa Mandarin, tapi lepas tu tiba-tiba terkeluar terus slang Tamilnya. Sis G memang terhibur betullah tengok video yang pak cik saudara dia share ni.
Ayah dia ni tersilap info ke yang anak dia ni sekolah Cina, belajar bahasa Mandarinlah. Bukannya Tamil. Atau pun si ayah terpengaruh sebab banyak sangat layan cerita Tamil ni bila ada masa lapang.
Bukan sis sorang je yang terhibur dengan video tu. Ramai netizen yang turut kongsi inilah Malaysians yang sebenarnya sebab sentiasa embrace the difference.
Tapi sis memang respect dengan mak ayah yang sanggup berkorban hantar anak-anak ke sekolah lain untuk anak dia kenal budaya dan bahasa yang lain daripada kebiasaan mereka. Bukan senang tau, terutamanya untuk anak-anak.
Cuba bayangkan, ada homework dalam bahasa Mandarin. Mak ayah pun tak ada basic bahasa Mandarin, jadi nak tak nak mak ayah terpaksa korbankan lagi duit untuk anak-anak pergi tuisyen supaya ada orang yang boleh mereka jadikan tempat rujukan.
Memang power, memang salute. #MalaysiaBoleh!