Gais, Jom Grab Promosi 50% Starbucks Sekarang!

Kami faham, PKPB yang dilaksanakan di kawasan Selangor, KL dan Putrajaya menyebabkan ramai daripada korang yang stress dan tertekan.

Yelah, 2 minggu pergerakan dikawal memang agak merimaskan. Nak bergerak pun susah. Tapi semua ni terpaksa dibuat untuk putuskan rangkaian COVID-19.

Untuk gembirakan hati korang yang tengah berduka cita tu, Sis G nak bagitahu Starbucks Malaysia sekarang tengah buat promosi 50% off untuk minuman kedua dengan mana-mana pembelian minuman handcrafted bermula 14-27 Oktober 2020.

Tapi tawaran ini dihadkan bermula 10 pagi – 12 tengah hari sahaja tau. 

Yang tak pernah order Starbucks tu, meh sis nak ajar sikit macam mana nak order like a pro. Yang penting dengan tip ni, air kopi premium ni boleh dibeli dengan harga jauh lebih murah.

1. Tengok board menu

Masuk je Strbucks korang tengok board menu yang ada dekat belakang kaunter cashier. Daripada situ pilihlah mana-mana yang berkenan.

2. Pilih saiz cup

Lepas tu, korang pilihlah nak saiz cup yang mana. Untuk saiz, Starbucks tak sebut saiz macam yang biasa kita sebut Small, Medium atau Large. Tapi dia gantikan dengan Tall, Grande dan Venti. Biasanya beza harga antara saiz ni dalam RM1 lebih je.

3. Pilih jenis minuman

Lepas dah pilih air dengan saiz, korang boleh pilih jenis nak yang macam mana. Masa dekat sini, bolehlah korang tambah-tambah perasa yang sesuai dengan menu yang korang pilih contohnya vanilla, hazelnut, caramel atau toffee.

Kalau korang jenis suka manis, bolehlah tambah. Macam sis G, ikut mood. Kalau mood hari tu rasa nak minum manis sis akan tambah rasa fevret sis iaitu hazelnut. Memang puas hati setiap kali sedut. Rasa creamy dan nutty dia memang terasa. 

Kredit: Murai MY

Jadi yang tengah PKPB tu, jangan sedih-sedih. Cepat-cepat grab peluang dapatkan air Starbucks dengan promosi 50% ni sekarang.

Read Previous

Nampak Apa Dulu? 3 Gambar Ni Bongkar ‘Hidden Personality’ Korang

Read Next

Helmet Imbas Suhu Polis Bantuan KTMB Dah Macam Filem Robocop, Canggih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × five =