• November 27, 2020

Nampak Apa Dulu? 3 Gambar Ni Bongkar ‘Hidden Personality’ Korang

Apa kata kita buat test sikit. Test ni macam nak uji personaliti korang je. Test yang fun-fun dalam masa sama korang boleh tahu personaliti korang tu macam mana.

Test ni dipanggil ilusi optik atau dalam BI nya disebut optical illusion yang mana akan menjelaskan benda first yang korang nampak dengan makna di sebaliknya. Kalau nak tahu, ilusi optik ni macam satu magis yang boleh buat korang discover new things tentang diri korang.

Caranya mudah je. Korang tengok 3 gambar yang sis G letak kat bawah ni dan korang pilih apa benda first yang korang nampak. Jujur tau!

Dah sedia? Okey Tarik nafas dulu, hembus and GO!

Gambar 1

a) Buaya

b) Bot

Gambar 2

a) Bibir

b) Pokok

c) Akar

Gambar 3

a) Tiang

b) Orang

Dah siap sedia nak tahu apa JAWAPAN kepada personaliti korang? Jom kita mulakan.

Gambar 1

Kalau korang nampak dulu gambar… ini bermakna

a) Buaya

  • Korang adalah orang yang suka berfikir panjang
  • Mungkin korang ada take little things for granted, tapi korang tak pedulikan pun pasal benda-benda remeh sebab yang penting korang ada big things yang perlu difokuskan
  • Korang jenis orang yang praktikal dan tak berapa suka ambil risiko dalam kehidupan
  • Korang lebih berhati-hati dan tak berapa nak suka cuba benda baru

b) Bot

  • Korang suka tengok detail, jenis yang sekecil-kecil benda pun tak nak lepas
  • Korang jenis yang boleh fokus dalam satu kerja sampai ada masa boleh lupakan yang lebih besar
  • Untuk yang nampak bot dulu, sis nasihatkan korang janganlah terlampau fokuskan benda kecil sampai lupa tengok apa yang lebih besar

Gambar 2

Kalau korang nampak dulu gambar… ini bermakna

a) Bibir

  • Korang jenis yang tenang, tak suka benda-benda yang rumit dan serabut
  • Korang jenis yang fleksibel, bijak dan jujur 
  • Korang jenis yang suka berdikari sampaikan bila ada masalah mesti nak selesaikan sendiri

b) Pokok

  • Korang jenis yang ekstrovert & aktif
  • Tak mudah percaya dengan orang lain, sebab tulah ada beberapa orang je yang korang rapat
  • Sebab tak mudah percayalah, korang jenis suka pendam emosi sampai orang pun tak tahu korang tengah sedih ke, marah ke. Yang orang nampak korang happy sentiasa

c) Akar

  • Korang jenis introvert yang berdisiplin
  • Jenis yang bila buat salah, admit dan terima nasihat dan kritikan orang lain
  • Sebab korang introvert korang macam suka berdikari, buat benda sorang-sorang
  • Yang bestnya, korang memang rajin terlebih!

Gambar 3

Kalau korang nampak dulu gambar… ini bermakna

a) Tiang

  • Korang memang jenis yang suka berada dalam comfort zone
  • Nak berjaya dan capai benda dalam hidup, korang kena tinggalkan comfort zone korang tu
  • Korang yang jenis berangan pasal goals korang, tapi tak ada masa nak realisasikannya

b) Orang

  • Life korang jarang membosankan sebab korang jenis suka explore
  • Kawan-kawan dan orang sekeliling korang pun jenis yang sama jugak
  • Korang jenis yang curious, semua benda nak tahu
  • Korang jenis yang sentiasa bersedia untuk settle down bila masanya dah tiba.

Jadi berdasarkan apa yang sis G bagitahu tadi, korang dapat tak tahu personaliti korang yang mana satu?

Kalau betul pun, benda ni cuma kebetulan semata-mata. Korang janganlah percaya sangat sebab personality test ni sekadar untuk korang have fun je. Larikan diri daripada masalah sekejap. Untuk korang release stress.

Hidup kena chill. Nak lagi chill? Jom tengok Page Aiskrim Potong. Banyak tau benda lain yang best-best kitorang share. Benda informative pun ada. 

Read Previous

Tak Nak Terlambat Pergi Kerja, The Rock Cabut Auto Gate Guna Tangan

Read Next

Gais, Jom Grab Promosi 50% Starbucks Sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + ten =