Minat Gila Watak Batman, Lelaki Belanja RM90K Untuk Hasilkan Batmobile Sendiri

Seorang peminat tegar siri Batman, Nguyen Dac Chung sanggup menghabiskan hampir RM90,000 untuk menghasilkan sebuah kereta mirip milik Batman yang dipanggil sebagai Batmobile.

Beliau yang baru berusia 22 tahun merupakan seorang pelajar seni bina dari Hanoi, Vietnam selalu berangan-angan mahu memandu kereta yang dipandu superhero miliknya dalam siri The Dark Knight (2008). 

Kini impiannya hampir menjadi realiti apabila kenderaan yang dihasilkan dalam tempoh masa 10 bulan itu sudah boleh dikatakan 90% siap – hanya tinggal bahagian reka bentuk dalaman untuk diperkemaskan lagi.

Dikuasakan dengan 4 silinder dan enjin 400cc, kereta replika yang berfungsi sepenuhnya itu boleh memuatkan 2 orang dalam satu masa dengan ukuran saiz kenderaan adalah 3.6 meter panjang, 2.6 meter lebar dan 1.5 meter tinggi.

Boleh dipandu dengan kelajuan maksimum 100km/sejam di jalan lurus, proses penghasilan kereta yang dilengkapkan dengan pintu yang boleh dibuka ke atas ini tidak mudah kerana bahan-bahan dan komponen untuk menghasilkannya perlu didapatkan dari negara luar seperti Amerika Syarikat dan Korea.

Kredit gambar utama: Architecs Dac

Read Previous

Mi 10T Lite Telefon 5G Paling Murah Setakat Ini

Read Next

Elak Tertipu Dengan Semak Dulu Maklumat Penjual Menerusi Website PDRM Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − nine =