Hanya Perlu Ambil Gambar, Aplikasi Ini Bantu Korang Selesaikan Soalan Matematik Dengan Mudah

Soalan matematik sangat tricky kerana ianya melibatkan fakta nombor dan bukannya jawapan yang boleh mengikut logik minda. Bila ditanya kenapa ada yang tak suka matematik, jawapannya susah dan boleh hilang semangat bila tak jumpa jawapan.

Kredit: Popular Mechanics

Sebenarnya untuk soalan matematik ni, korang hanya perlukan latihan je dan latihan tersebut korang boleh buat dengan bantuan aplikasi ni – Photomath.

Kredit: Microblink

Photomath merupakan aplikasi yang membantu menyelesaikan masalah matematik sama ada di peringkat sekolah atau pun universiti. Caranya mudah sahaja:

  1. Muat turun aplikasi Photomath di Google Play Store atau Apple Store.
  2. Masuk ke aplikasi dan tangkap gambar soalan matematik anda menggunakan fungsi kamera.
  3. Secara terus, aplikasi ini akan memaparkan jawapan dan cara penyelesaian persoalan secara step by step.
Kredit: CNET

Mudah bukan?

Mungkin ada yang cakap aplikasi ini bantu anda untuk jadi penipu sebab sediakan jawapan kepada persoalan. Tapi percayalah, kalau korang guna memang untuk belajar rasanya tak ada masalah pun. Dalam bahasa lain, aplikasi ni macam cikgu yang sentiasa ada dengan korang.

Read Previous

Soft skills? Penting ker ada dlm resume?

Read Next

Senyap-Senyap Kurangkan Kelajuan Hingga 50%, TM Kini Disiasat SKMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 1 =