Senyap-Senyap Kurangkan Kelajuan Hingga 50%, TM Kini Disiasat SKMM

Ogos lalu, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memperkenalkan pelan Unifi dengan kelajuan upload dan download masing-masing selaju 200Mbps dan 500Mbps dengan harga RM249 dan RM349 sebulan.

Kredit: The Star

Namun sejak 2 September lalu banyak aduan daripada pelanggan yang mendakwa kelajuan upload hanyalah selaju 100Mbps menyebabkan pengguna terasa ditipu kerana penurunan kelajuan sehingga 50% ini dilakukan tanpa sebarang notis kepada mereka.

Pengguna yang tidak berpuas hati dengan penipuan tersebut telah melakukan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut MCMC dalam satu kenyataan 20 September lalu memberitahu tindakan undang-undang tidak teragak-agak akan diambil kepada penyedia perkhidmatan sekiranya siasatan mendapati terdapatnya unsur yang melanggar kepentingan pengguna.

Kredit: SoyaCincau

Memberi jaminan akan menyiasat isu ini dengan telus dan adil, perkara ini dikatakan berpunca daripada ketidaksengajaan TM menyenaraikan kelajuan upload kepada 200Mbps; yang sepatutnya diberikan hanya 100Mbps.

Kredit: Soya Cincau

Dalam perkembangan terbaru, TM sebagai maklum balas kepada kenyataan SKMM telah memohon maaf atas kesilapan maklumat pakej unifi 500Mbps tersebut.

“Kami ingin memaklumkan bahawa semua pelanggan masih dalam tempoh 30 hari percubaan atau “Try Me” memandangkan pakej berkenaan baru saja diperkenalkan kurang sebulan lalu iaitu pada 24 Ogos 2020.

“Oleh itu, pelanggan boleh memilih untuk tidak meneruskan langganan tanpa dikenakan sebarang penalti.

“Kami juga akan menghubungi pelanggan yang telah melanggan pakej 500Mbps ini sejak 24 Ogos bagi memaklumkan kepada mereka berkenaan kesilapan itu dan pilihan yang mereka ada, bermula Isnin, 21 September 2020.

“Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa semua saluran kami, termasuk laman web dan bahan-bahan promosi pemasaran telah dikemas kini dengan maklumat yang betul.” 

Pada pendapat kami, TM patut “honour the contract” bagi sesiapa yang melanggan pakej tersebut sebelum kesilapan itu diperbetulkan.

Kredit gambar utama: Nestia

Read Previous

Hanya Perlu Ambil Gambar, Aplikasi Ini Bantu Korang Selesaikan Soalan Matematik Dengan Mudah

Read Next

Bahaya! Guna Telefon Masa Ribut Petir Boleh Sebabkan Risiko Hingga Ragut Nyawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + seventeen =