Dah sedia untuk hadir job interview korg yg pertama? Sebelum tu make resume korg cukup padu yer. Cuba check balik. Ada tak perkara penting yg tertinggal, lupa nak mention dlm resume tu?
Skor akademik atau tinggi mana tahap pembelajaran korg memang la penting. Tapi kena ingat, bukan tu jer yg bakal majikan cari. Camner dengan soft skills korg? Kena lah masukkan juga supaya bakal majikan boleh nilai sisi lain korg.
Ini adalah contoh soft skills yg helok ada.
1. Komunikasi
Skill ni bukan setakat bercakap jer yer tapi juga melibatkan kebolehan korg menggunakan tone dan stail yg berbeza sesuai dengan siapa kita berkomunikasi. Jgn main pukul rata jer. Payah la kalau macam tu. Takkan nak guna tone yg sama kita bercakap dengan kawan sekuliah dan boss.
Komunikasi ni bukan jer kebolehan bercakap, tapi lebih penting korg mendengar. Bila boleh belajar mendengar dengan betul barulah respond yg korg berikan tepat.
Etika menulis terutamanya yg melibatkan surat menyurat atau email pun penting tau.
2. Self-Motivation
Attitude kenalah positif (jgn toxic okay!) dan ada inisiatif untuk sentiasa memperbaiki mutu kerja tanpa perlu pengawasan berterusan. Sampai bila nak harap kena suap jer kan. Skill ni penting supaya korg boleh fit dalam organisasi tanpa jadi beban pada sesiapa.
3. Leadership
Tak semestinya kena ada org bawahan baru boleh tunjuk leadership skill ni. Kenapa? Sebab org yg ada skill leadership yg kuat boleh jadi inspirasi pada team member yg lain. Barulah berjemaah menuju kejayaan namanya! Contoh skill ni adalah kebolehan menyelesaikan konflik.
4. Bertanggungjawab
Bunyi macam senangkan tapi ramai yg kadang2 lupa bende ni. Kalau tak bertanggungjawab camner nak buat kerja dgn bagus. Disiplin kena tinggi! Org yg kurang rasa tanggungjawab ni biasanya kurang produktif. Memang bukan pekerja contoh, so sila elakkan.
5. Teamwork
Ada org yg tak boleh kerja dalam kumpulan sebab dia rasa dia bagus. No no no. Teamwork sangat penting supaya semua dalam achieve goal yg sama.
6. Problem Solving
Problem solving tak memerlukan skil analitik yg banyak tapi lebih kepada mindset. Jgn menggelabah. Kalau korg tak boleh kawal emosi dan mental bila berhadapan dengan masalah, habis la. So, keep it cool!
7. Tegas/Ketegasan (Decisiveness)
Kena mampu buat keputusan dengan cepat, tapi mestilah yg efektif. Ikut kesesuaian situasi, jgn main lanyak jer okay.
8. Kebolehan utk bekerja under pressure dan deadline
Pressure dan deadline tu normal dalam apa kerja pun. Itu namanya challenge. Tapi kalau kena pressure skit dah tak tahan susah la dik. Korg kena bijak tanggani stress supaya apa pun keadaannya, kerja korg tak terjejas.
9. Flexibility
Takkan nak buat 1 kerja jer sumur hidup. Kenalah ada kebolehan dan kemahuan ambik tanggungjawab baru atau buat kerja lain yg diluar kebiasaan kita tanpa banyak komplen.
10. Negotiation and Conflict Resolution
Untuk menjadi perunding yang mahir kenalah tahu camner nak pujuk dan mempengaruhi org, bukan pushover yer. Satu lagi kenalah pandai cari jln penyelesaian yg menguntungkan semua pihak.
So sekarang korg dah tau apa skill yg kena ada utk impress bakal majikan. Tapi jgn atas paper jer yer. Good luck!
Kredit gambar utama: freepik.com