Maklumat Penuh Bantuan Prihatin 2.0, Tarikh Semakan Dan Pembayaran

23 September lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) menerusi Perutusan Khas Kita Prihatin – satu bantuan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang merangkumi 10.6 juta penerima.

Untuk mereka yang pernah menerima BPN sebelum ini, TIADA PERMOHONAN ATAU KEMAS KINI perlu dibuat dan semakan boleh dibuat mulai 15 OKTOBER 2020 di https://bpn.hasil.gov.my/.

Sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima, permohonan baru boleh dibuat pada tarikh yang sama.

Pembayaran yang melibatkan peruntukan hampir RM7 bilion akan dibahagikan kepada dua fasa ansuran, iaitu OKTOBER 2020 dan JANUARI 2021.

Dengan pengumuman ini, ramai yang mampu menarik sedikit nafas lega kerana dapat membantu sedikit sebanyak dalam menampung perbelanjaan harian sepanjang tempoh wabak COVID-19 melanda.

Kredit: HM

Sebelum ini, menerusi BPN 2020, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan membabitkan peruntuan hampir RM10 bilion secara one-off iaitu: RM1,600 kepada 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah dan RM1,000 kepada 1.1 juta isi rumah berpendapatan antara RM4,000-RM8,000 sebulan.

Manakala untuk individu bujang, RM800 dan RM500 masing-masing diberikan kepada individu berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah RM2,000 dan antara RM2,000-RM4,000 sebulan.

Maklumat lanjut boleh dapatkan DI SINI.

Read Previous

Ahli Perniagaan Malaysia Kantoi Godam Ratusan Organisasi Global Untuk Pasaran Gelap

Read Next

Soft skills? Penting ker ada dlm resume?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 2 =