Bukan hari-hari dapat lalui moment convo kan. Mesti nak simpan gambar cun utk tunjuk kat kengkawan. Ramai jurugambar yg tawarkan pakej utk photoshoot pre-convo ni. Range biasa antara RM300-RM500 dengan 5-6 lokasi yang diorg dah set. Ini antara pakej yg mampu milik la. Tak lah mahal sgt kan kalau tong2 dengan 4-5 coursemate yg lain.
Tapi kalau korg tak nak belanja banyak2 dan still nak gambar yg super-duper nais boleh le try 5 tempat kat bawah ni. Kos transport pun tak le cekik darah sgt pasal pusing2 dlm KL jer. Apa yg penting resultnyer sgt instagramable!
Apa lagi, jom usha!
Pintasan Saloma
Pintasan Saloma mengetengahkan rekabentuk unik ilham dari seni gubahan adat melayu iaitu sirih junjung. Kat sini ada sediakan dua ruang khas untuk tujuan bergambar, at least tak gaduh nak amik angle.
Mercu tanda baharu KL ni pun dihiasi lampu LED yang colourful sgt setiap malam. So, make sure kelengkapan cukup kalau nak shoot waktu malam yer.
Kalau dari Kampung Baru, naik je jejantas melalui Lorong Raja Muda Musa 3, 100 meter dari LRT Kampung Baru. Kalau korg gerak dr arah KLCC, boleh naik jejantas melalui Jalan Saloma, sebelah Menara Public Bank. Senang jer kan.
Perdana Botanical Gardens @ Lake Gardens
Kalau korg jenis suka gambar yg dekat dengan nature, korg mesti jatuh cinta ngan Laman Perdana kat Lake Gardens KL. Kat sini banyak spot hijau yg boleh dijadikan background ambik gambar. Tapi yg paling cun of coz Canopy dekat main square Laman Perdana ni.
Rekabentuk canopy ni sgt unik dan finishing gold kat bumbung tu buat gambar nampak mewah sgt. Memang rare la, especially kalau korang memang terrer cari lighting.
Lokasi ni pun tak susah nak cari. Wazekan jer. Oh ya, kat Lake Gardens ni ada banyak lagi tempat yg sesuai utk sessi photography mcm Taman Bunga Raya, Sunken Garden dan Bamboo Playhouse. Kalau nak boleh je round satu taman ni dulu sebelum decide venue mana yg korg suka.
Astaka Morocco @ Putrajaya
Astaka Morocco ini adalah tempat yang paling tepat dan sesuai untuk yang sukakan latar belakang dan suasana negara Timur Tengah. Even taman kat sini pun dihiasi pelbagai bunga tropika dengan puluhan pokok kurma serta kaktus.
Cantik sangat sampai terpegun dengan ukiran dinding dan pintu di sana, siap ada fountain di tengah-tengah yang membuatkan gambar menjadi lebih cantik dan insta-worthy!
Daun pintu kat sini pun cantik terukir indah sebagai simbol yg mewakili lapan bandar atau kota di Maghribi seperti Fez, Rabat, Essaouira, Rif Atlas, Marrakesh dan Meknes.
Astaka Morocco ni ada kat Presint 1 Putrajaya. Student masuk kena bayar RM1 dan kalau nak photoshoot buat inquiry dulu utk dapat kebenaran. Bayaran dia tak sure la pulak berapa tapi berbaloi la kalau gambar nanti nampak cam kat Marrakesh. Hari Selasa tutup tau.
Batu Caves
Anak-anak tangga yg berwarna warni kat Batu Caves tu memang ‘one of a kind’. Tak boleh disangkal lagi awesomenya. Ramai dah amik gambar gojes kat sini maklum ler tempat comey. Tak yah la korg gigih panjat 272 anak tangga yg ada tu, kat base dia pun dah nais.
Venue ni utk gambar pre-convo korg? Memang terbaik! Lokasi tak jauh pun dari pusat bandar. Naik komuter jer dari KL Sentral kalau tak nak drive. Senang sgt lah. Jamin tak sesat.
Changkat @Bukit Bintang
Kalau dulu org takut nak pergi lorong belakang ni pasal femes sbg port jenayah. Sekarang ni dah diberi nafas baru yer. Mural yg hias dinding bangunan sepanjang jalan ni sangat lah unik dan colourful. So, gambar ‘hipster’ untuk meraikan berakhirnya student life? Why not kan. Janji cantik dipandang mata.
Kalau korang tak sure camner nak gi sini, mintak jer Grab driver tu turunkan korg dekat dgn 64, Changkat Bukit Bintang. Susah lah nak terlepas pandang tempat ni.
Kredit gambar utama: Unsplash.com