Harga iPhone SE Dan XR Dijangka Turun Sehingga RM1,500

Agak rare bila iPhone menurunkan harga jualan mereka. Namun ianya bukanlah sesuatu yang baru.

Terkenal sebagai jenama premium, terdapatnya khabar angin bahawa Apple mungkin akan menurunkan harga iPhone SE dan XR mereka sempena dengan pelancaran iPhone 12 dalam tempoh masa beberapa minggu lagi.

Perbezaan saiz iPhone SE dan XR. Kredit: Tom’s Guide

Berdasarkan perkongsian Apple Lab, iPhone SE dan XR masing-masing akan diturunkan sekitar kira-kira RM1,457 dan RM2,083. 

Sejak mula diperkenalkan, iPhone SE seakan mencipta ‘fenomena’ di dunia kerana buat pertama kalinya Apple menawarkan peranti mereka dengan harga bajet di bawah RM2,000.

Disahkan menggunakan semula hampir kesemua komponen iPhone 8 seperti bateri, skrin dan rekaan luaran, iPhone SE menggunakan cip pemprosesan Apple A13 Bionic yang sama digunakan oleh iPhone 11 Pro.

Saiz dan skrin yang sama. Kredit: PhoneArena

Bukan itu sahaja, CEO Apple, Tim Cook pernah mengatakan iPhone SE lebih pantas berbanding telefon pintar Android yang terpantas di pasaran.

Antara iPhone SE dan XR mana satu yang lebih berbaloi untuk dimiliki?

Kredit: Techno Info Plus

Ramai yang berpendapat iPhone XR adalah pilihan yang lebih baik biarpun daripada segi performance, iPhone SE lebih baik daripada iPhone XR. Mungkin untuk perbezaan harga yang tidak berapa jauh, iPhone XR adalah jauh lebih berbaloi berbanding iPhone SE.

Kredit gambar utama: Inc.com

Read Previous

Singapura Miliki Internet Paling Laju Di Dunia

Read Next

KL jer! Rakam gambar pre-convo kat 5 spot ni, insta-worthy sangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + eleven =