Boleh Dinikmati Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu, Netflix Diminta Supaya Tak Direct Translate

28 Ogos lalu, Netflix secara rasminya mengumumkan penambahan Bahasa Melayu secara keseluruhan di platform mereka. Penambahan ini bukan sekadar sari kata, tetapi juga merangkumi perkhidmatan alih suara, synopsis, tajuk filem dan antara muka (UI) platform.

Usaha Netflix dalam menawarkan bahasa rasmi Malaysia iaitu Bahasa Melayu wajar diberikan pujian kerana fleksibiliti ini mampu menarik pelanggan yang jauh lebih ramai di negara ini, terutamanya dalam kalangan mereka yang berkeluarga.

Biarpun usaha Netflix dalam memartabatkan Bahasa Melayu dipuji, mereka bagaimanapun diingatkan supaya tidak menggunakan kaedah ‘direct translate’ sebaliknya menggunakan khidmat penterjemah bertauliah supaya ianya tidak kedengaran merapu.

Kredit: Soya Cincau

Turut menawarkan untuk membawa lebih banyak cerita berkaitan Malaysia ke platform mereka, usaha Netflix membawa Bahasa Melayu ke dalam platform mereka sebenarnya sudah bermula sejak Oktober 2017 apabila beberapa filem sudah mula ditawarkan sari kata Bahasa Melayu.

Baru-baru ini juga, Netflix telah memperkenalkan ciri baru iaitu ciri kawalan kelajuan kepada pengguna android bagi membolehkan pengguna menonton dalam kelajuan yang mereka inginkan.

Kredit: Android Police

Kredit gambar utama: Soya Cincau

Read Previous

KL jer! Rakam gambar pre-convo kat 5 spot ni, insta-worthy sangat

Read Next

24 jam asyik IG jer? Apa kata jadi Social Media Influencer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine − seven =