Gaji berapa weh? Ini guide untuk budak Journalism

Jadi wartawan, penulis bebas atau editor? Ini antara kerjaya biasa untuk student yg pilih bidang kewartawanan. Tapi dengan teknologi yg makin advance tambah ngan sosial media lagi, pilihan yang ada makin banyak mengikut skill penulisan dan minat.

So, korg amik major apa kat uni? Journalism ker? Kalau yer, jom checkout antara kerjaya pilihan yg ada dan of coz berapa korg boleh demand.

1. Content writer

$$: RM2,400 – RM3,000 $$$: RM5,800

Skop kerja:

Segala macam yg berkaitan content utk printing, online articles, website copy, info produk, skrip video, teks utk iklan sampailah ke posting kat sosial media. Haa semua tu tugas korg yer. Tapi kalau boss mintak yg lain dari tu dan korg boleh buat apa salahnya. Up sikit skill tu!

2. Wartawan

$$: RM2,800 – RM3,100 $$$: RM5,500

Skop kerja: 

Yg ni exciting sikit pasal banyak peluang utk kerja lapangan tak kira lah event hiburan atau korporat. Kalau suka ngan lifestyle yg fast-paced, glam (kenalah join media company yg cover banyak entertainment) ini memang sesuai utk korg. Tapi deadline memang tight ler pasal kalau lambat berita dah basi!

3. News editor

$$: RM3,300 – RM3,500 $$$: RM5,500

Skop kerja: 

Kalau kat news desk kira korg boss la. Apa jer artikel mesti lalu depan mata korg dulu. Planning utk content pun termasuk sekali ok. Yg penting mata kena tajam dan pengetahuan kena cukup supaya korg boleh approve kerja penulis lain. Penguasaan bahasa kena power yer!

4. Penulis bebas

$$: RM1,600 – RM2,700 $$$: RM7,000

Skop kerja: 

Tergantung pada skill dan juga job yg korg amik. Setiap job berbeza sebab kena ikut kehendak dan deadline yg client kasi ler. Tapi sebab korg penulis bebas so ada perk utk pilih projek mana yg sesuai dengan lifestyle korg. Style penulisan pun ikut client so ikut jer. Takde la stress sangat.

5. Copywriter

$$: RM2,600 – RM3,700 $$$: RM6,700

Skop kerja: 

Selain menulis, utk job ni korg kenalah kreatif skit sebab kena hasilkan konsep kreatif dan idea-idea strategik utk connect dengan pembaca. Ini lebih pada penulisan kreatif ler sebab biasanya boss mesti nak hasil yg boleh jual. Tight deadline tu normal okay.

6. Social media planner

$$: RM2,000 – RM3,200 $$$: RM6,900

Skop kerja: 

Pada yg expert bab sosial media, ini kira kacang je la. Yg penting boleh plan dan execute strategy berkaitan sosial media utk company. Tapi kena arif juga pasal best practice utk content kat sosial media, jgn main buta-buta jer.

7. Content manager

$$: RM5,500 – RM7,000 $$$: RM15,000

Skop kerja: 

Ini kena perah otak skit pasal banyak kerja korang adalah melibatkan planning strategi utk content development terutamanya kalendar utk editorial. Pengetahuan tentang trend industry yg paling latest kena ada. Senang cakap kena up to date dengan trend la sebab senang nak hasilkan content utk brand. Of coz kena tahu camner nak kasi content perform giler-giler yer. Strategi kena power!

Apa pun yg korang pilih, kena ada minat dan sanggup kerja keras sikit. Bukan senang nak senang okay. Kalau ada peluang utk tanbah pengetahuan yg diluar bidang study tu amik jer. Sekarang ni skill kena banyak, dan kalau rasa nak pergi jauh dlm bidang penulisan kenalah rajin membaca. Info dlm kepala kena banyak tau. Good luck!

Kredit gambar utama: Unsplash.com

Read Previous

‘Barang Panas’ Di Jepun, Uniqlo Bakal Lancar Jualan Penutup Muka Di Malaysia Tak Lama Lagi

Read Next

Singapura Miliki Internet Paling Laju Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 3 =