Memiliki internet yang laju adalah impian setiap penduduk dunia. Dengan internet yang laju, kita boleh melakukan aktiviti di internet tanpa perlu stress dengan kelembapan capaian.
Tahukah anda internet paling pantas pernah dicatatkan di dunia adalah pada kelajuan 32,000,000 Mbps, hasil penyelidik di Eindhoven University Technology (Belanda) dan di University of Central Florida dengan menggunakan teknologi serat multi-modal.
Menurut World Population Review, bagi tahun 2020, Singapura sekali lagi mencatat sejarah sebagai sebuah negara yang memiliki capaian internet terlaju di dunia. Sudah pastilah ini mengejutkan kerana Singapura berjaya mengalahkan negara maju dunia lain seperti Amerika Syarikat, Korea dan Jepun.
Dengan kelajuan 191.93 MBps (broadband speed), Singapura mendahului Korea Selatan (156.18 MBps), Jepun (101.65 MBps) dan Amerika Syarikat (115.67 MBps), diikuti dengan Korea Selatan, Taiwan (151.75 MBps), Hong Kong (151.02 MBps) dan Romania (130.79 MBps).
Daripada 176 buah negara yang tersenarai, Malaysia menduduki tempat ke-36 dengan kelajuan 71.52 MBps, manakala negara jiran seperti Thailand dan Indonesia masing-masing berada di kedudukan ke-30 (78.47 MBps) dan ke-110 (19.09 MBps).
Manakala negara yang memiliki internet paling lambat ialah Mauritani (5.27 MBps), Algeria (4.18 MBps), Venezuela (3.61 MBps), Yemen (3.54 MBps) dan Turkmenistan (1.78 MBps).