Sudah dilancarkan di Jepun beberapa minggu lalu, penutup muka jenama Uniqlo menjadi ‘barang panas’ di Jepun apabila rakyat Jepun dilihat sanggup beratur untuk mendapatkannya.
Habis terjual dalam masa yang singkat, penutup muka Uniqlo mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kerana diperbuat daripada kain 3-lapisan AIRism yang mampu menapis bakteria (BFE) sehingga 99%. Bukan setakat bakteria, water droplets dan debunga juga mampu ditapisnya.
Dikatakan sebagai penutup muka terbaik yang pernah pengguna pakai, Uniqlo mengambil langkah itu dengan mengumumkan ianya akan turut dijual di Malaysia pada 14 September depan.
Akan turut dijual secara dalam talian, harga untuk tiga helai penutup muka adalah serendah RM39.90 dan mampu bertahan sehingga 20 kali cucian. Harga yang tersedia hanya dua iaitu hitam dan putih.
Melihat review di internet, ramai yang berpuas hati dengan jenis kain yang digunakan kerana sangat lembut dan tidak menyebabkan kegatalan pada kulit wajah.
Kalau korang masih lagi tercari-cari penutup muka jenis kain, mungkin boleh cuba untuk beli jenis Uniqlo. Harganya pun boleh tahan bajet jugalah jika nak dibandingkan dengan jenama-jenama lain.
Kredit gambar utama: Today Online