Realme Claim Bateri Realme C12 Mampu Bertahan Hingga 57 Hari

Semalam ramai yang teruja telefon pintar terbaharu daripada Realme iaitu Realme C12 dilancarkan. Antara spec yang paling menarik perhatian pengguna ialah kapasiti bateri yang disediakan iaitu sebesar 6,000 mAh dengan harga serendah RM529.

Dalam kenyataan rasmi di website, Realme memberitahu bateri model ini mampu bertahan sehingga 57 hari dalam mod standby.

Kredit: Realme

Bukan itu sahaja, Realme C12 mampu jadi penyelamat sekiranya peranti lain anda kehabisan bateri kerana dengan ciri pengecasan berbalik OTG, pengguna hanya perlu sambungkan port pengecasan pada Realme C12 dan pada peranti yang ingin dicaj.

Dengan mod Super Power Saving Mode, pengguna boleh pilih 6 aplikasi utama untuk diaktifkan supaya bateri dapat dijimatkan dalam skala optimum.

Kredit: Wired

Menurut Realme Lab, aplikasi YouTube dan WhatsApp masih lagi boleh digunakan biarpun pada ketika itu bateri peranti ini sudah berada di tahap 5%.

Memang gila kalau difikirkan. Tapi itulah kenyataannya. Untuk yang kaki video, rasanya berbaloilah kalau nak beli.

Baca artikel mengenai spec penuh Realme C12 di sini.

Read Previous

Jepun Tutup 2 Portal Manga Terkenal Buat Selamanya

Read Next

Xiaomi Tawar Pemotong Rambut Bajet Serendah RM29.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + nineteen =